Dapur Tsunami

Dapur Tsunami Berkongsi Pengalaman Gigitan Pertama

Assalamualaikum dan salam shayang di bulan February.Patut ke Tauhu Berlauk Naik harga? 1. Daun sup naik harga2. Ayam nai...
06/02/2022

Assalamualaikum dan salam shayang di bulan February.

Patut ke Tauhu Berlauk Naik harga?

1. Daun sup naik harga
2. Ayam naik harga
3. Telur naik harga
4. Tauhu naik harga
5. Bekas sambal naik harga

Hampir 90% barang asas naik harga.

23/11/2021

Kenaikan harga sayur-sayuran..

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam...
19/10/2021

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 

Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat

Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka itu, Apabila tanah air berdaulat Malaysia telah bebas dari jajahan negara luar.Merdeka ...
30/08/2021

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Merdeka itu,
Apabila tanah air berdaulat Malaysia telah bebas dari jajahan negara luar.

Merdeka itu,
Apabila bebasnya pemikiran daripada ideologi penjajahan dengan penghayatan Islam sebenar-benarnya.

Merdeka itu,
Dirasai rakyatnya jika semua bangsa walau berlainan agama bersatu hati, hidup aman dan harmoni.

Merdeka itu,
Apabila terhias indah dalam doa dan ucapan seluruh warga, semoga Malaysia tetap terjaga dan terus gah di persada dunia.

Malaysia tanah air ku. Malaysia Prihatin.

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-64 🇲🇾.

30/08/2021

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang p**a, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya p**ang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza.

Get well soon adik Kasih.

Tahniah YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9.
20/08/2021

Tahniah YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Jom!
14/08/2021

Jom!

MOTIVATE. HYDRATE. FEEL GREAT.

Disclaimer: A few of our readers have raised concern about water intoxication. A healthy kidney can process a gallon of water per day easily.
However, everyone's requirement is different. The amount of water to be consumed is subjective. Please define your own goals as per your requirements.
If there is any reason why you should not increase your water intake due to kidney issues, an ailment or a chronic illness, do not participate in this challenge. When in doubt, speak with your doctor.

RESEPI BUAT AIR TEH TARIK KAW-KAWNak share cara buat air teh tarik Kaw-kaw. Rasa padu seperti yang jual tepi jalan tu. C...
07/07/2021

RESEPI BUAT AIR TEH TARIK KAW-KAW

Nak share cara buat air teh tarik Kaw-kaw. Rasa padu seperti yang jual tepi jalan tu. Cuma guna 5 bahan sahaja.

Bahan-Bahan
1. Air 500ml
2. Teh Lipton 4/5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
3. Susu pekat (ikut kesesuaian kemanisan anda)
4. Susu cair setengah tin (untuk rasa lemak-lemak)
5. Esen vanila

Didihkan teh uncang. Then letak susu pekat, susu cair & esen vanila. Biarkn mendidih seketika, siap.

*Kalau nak minum ais,tunggu sejuk dulu then tambah je ais ketul😆

Kredit: Rozana Mamat

TERAPI KETAWATahukah korang ketawa ridak hanya membuat korang nampak ceria, malah ia merupakan terapi kesihatan. Sumber ...
07/07/2021

TERAPI KETAWA

Tahukah korang ketawa ridak hanya membuat korang nampak ceria, malah ia merupakan terapi kesihatan.

Sumber : KKM dan Kosmo

KUIH LEJEN ZAMAN DULUUbi kayu rebus ni memang pop**ar zaman dahulu. Pendek kata ini lah menu utama petang-petang. Sangat...
06/07/2021

KUIH LEJEN ZAMAN DULU

Ubi kayu rebus ni memang pop**ar zaman dahulu. Pendek kata ini lah menu utama petang-petang. Sangat mudah dijumpai. Belakang rumah pun ada. Cicah p**ak dengan kelapa atau sambal.😋

Cicah dengan sambal kicap dapur tsunami memang padi syahduuuu...

DURIANDulu-dulu murah je harganya.Sebakul dapat la dalam rm20,rm30,rm40 ikut jenis. Paling murah selonggok 70 senSekaran...
06/07/2021

DURIAN

Dulu-dulu murah je harganya.
Sebakul dapat la dalam rm20,rm30,rm40 ikut jenis. Paling murah selonggok 70 sen

Sekarang harga kemain,sekilo je rm40.😆

Rakyat marhaen hanya mampu melihat.

Address

Jalan Seroja Indah 3
Tampoi Village
81200

Telephone

+601163040431

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Tsunami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dapur Tsunami:

Share

Category