Akademi Memandu Tanah Merah

Akademi Memandu Tanah Merah Driving School

11/04/2023
07/09/2022

Jawatan kosong...
- jurulatih spim(cikgu) kereta @ moto
- sudah ada sijil jurulatih(spim) @ baru
kelayakan
- spm
- memiliki lesen Cdl lebih dr 5thn D@B2
- tiada rekod jenayah
- warganegara
Berminat boleh hubungi saya @ datang terus ke akademi memandu Tanah Merah
- 013-9296399 (samsul)
- 019-9984777 (arazi)

07/11/2021

Akademi Tnh Merah bkn dibuka tuk scammer ore jd klu nak tuduh kami duk nipu ore tak berurusan ngan pihak kami pon xpo

09/09/2021

Pusat E services myeg mula beroperasi mulai esok 10/09/2021 untuk tempahan ujian undang2 berkomputer.Mn2 calon blh datang k akademi untuk urusan tempahan tp pastikan anda lengkap 2dos

07/09/2021

Mula beroperasi pd 9/9/2021 bersamaan hari Khamis.pastikan Anda telah lengkap 2dos baru blh berurusan

07/09/2021

INDUSTRI LATIHAN PEMANDUAN (ILP) KENDERAAN MOTOR DIBENAR BEROPERASI MULAI 9 SEPTEMBER 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin mengumumkan bahawa Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai 9 September 2021.

Walaupun Institut Memandu (IM) boleh mula beroperasi mulai 9 September 2021, proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September 2021. Tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

Kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini tertakluk kepada pematuhan perkara-perkara seperti berikut :

I) Pematuhan sepenuhnya ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa yang berkuatkuasa;

II) Pekerja, tenaga pengajar dan calon telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian;

III) Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan (%) pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

Sekiranya kadar peratusan pekerja yang lengkap menerima vaksin adalah 40%, maka kapasiti pekerja yang dibenarkan beroperasi adalah sebanyak 60%. Jika 60% lengkap menerima vaksin, 80% pekerja dibenar beroperasi. Syarikat dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% sekiranya 80% pekerja lengkap menerima vaksin.

IV) Kehadiran mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ‘Person Under Surveillance’ (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah tidak dibenarkan, dan;

V) Mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan ‘hand sanitizer’.

MOT ingin mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali IM akibat pandemik COVID-19, MOT memutuskan pemberian moratorium selama tiga (3) bulan iaitu sehingga 30 November 2021 bagi keperluan pembaharuan permit IM bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya telah tamat di antara bulan Januari hingga September 2021 .

Diharapkan dengan pengoperasian semula ILP ini dapat memberi kelegaan kepada pengusaha-pengusaha ILP atau IM, tenaga pengajar dan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan berkaitan.

……….

MOTOR VEHICLE DRIVING INSTITUTES (ILP) ALLOWED TO OPERATE FROM 9 SEPTEMBER 2021

The Ministry of Transport (MOT) wishes to announce that Driving Institutes for Motor Vehicles nationwide will be permitted to operate from 9 September 2021 by appointment during the National Recovery Plan (NRP).

While the ILP will be permitted to operate from 9 September, the examination process to obtain driving licenses will begin only on 17 September. This is to allow the driving institutes and the Road Transport Department (JPJ) to manage any arising issues that the candidates may face.

This permission as approved by the National Security Council (MKN) is subject to compliance with the following:

I) Full adherence to current standard operating procedures (SOP) under the NRP.

II) Employees, teaching staff, and candidates must be fully vaccinated, verifiable with COVID-19 Digital Vaccination Certificates and identification cards.

III) Institutes are permitted to operate based on the percentage of employees that have been vaccinated.

If 40% of an ILP’s employees have been vaccinated, the institute may operate at 60% of current staffing. With 60% having been vaccinated, an ILP may operate with 80% staff. An ILP may operate with 100% staffing if 80% of staff have been vaccinated.

IV) The following persons are not allowed into the ILP: staff or candidates with symptoms, persons residing in Enhanced Movement Control Order (EMCO) areas, Persons Under Surveillance (PUS), and persons under quarantine.

V) Full compliance with health protocols as stipulated by the Ministry of Health and implementing new norms such as checking body temperature, checking in with MySejahtera, maintaining physical distance, wearing face masks, and using hand sanitisers.

The MOT wishes to remind that any violation of the associated SOPs can result in action taken under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342).

In understanding and acknowledging the difficulties faced by the ILP during the COVID-19 pandemic, the MOT will grant a 3-month moratorium until 30 November 2021 on the renewal of ILP operators' permits whose expiry falls between January and September 2021.

As driving institutes begin to operate once again, we hope that this decision would bring relief to the operators, teaching staff, and public that need these services.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
7 SEPTEMBER 2021

Address

Jalan Kampung Kelewek-Tanah Merah
Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Memandu Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Memandu Tanah Merah:

Share