BEBBY Cleaning Service

BEBBY Cleaning Service Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BEBBY Cleaning Service, T/L JPD 61 , lorong haji selamat , Kampung Sagil Parit 2, Sagil, Tangkak, Tangkak.

Servis Pembersihan Rumah, Pejabat & Homestay
✨ 20 Tahun Pengalaman
📍 Batu Pahat • Muar • Tangkak • Pagoh • Bukit Gambir • Sawah Ring • Sagil • Serom • Parit Raja & kawasan sekitarnya.
📲 WhatsApp: www.wasap.my/60127103612

🥺 Rumah Bersepah, Ada Orang Sakit… Tapi Kami Tak Sampai Hati Biarkan 🧼💔Semalam hati kami betul² tersentuh. Masuk je ruma...
03/08/2026

🥺 Rumah Bersepah, Ada Orang Sakit… Tapi Kami Tak Sampai Hati Biarkan 🧼💔

Semalam hati kami betul² tersentuh. Masuk je rumah customer ni, bau kuat menusuk — penuh dengan taik kucing 😣
Atas lantai, katil, sofa… semua ada. Setiap bilik kami redah walaupun rasa nak termuntah. Tapi bila tengok ada orang sakit dalam rumah tu… terus rasa luluh hati. Kami tahu, kadang² bukan dia tak nak kemas… tapi tak larat. Tak mampu. Tak ada siapa nak tolong 😔

Jadi kami satu team… redah juga. Tak kira bau, tak kira penat. Bilik air yang tak terjaga pun kami cuci sampai berkilat. Lebih 20 beg plastik sampah kami keluarkan. Kami bersihkan satu rumah dengan niat — supaya tuan rumah boleh rasa lega, bersih, tenang, dan selesa 😌

Kami bukan sekadar tukang cuci. Kami faham… setiap rumah ada cerita. Dan kalau kami boleh tolong ringankan beban — kami buat, dengan hati yang ikhlas 🫶

📍 Kawasan servis: Muar, Tangkak, Sagil, Bukit Gambir & kawasan sekitar
📞 Nak Bebby tolong? WhatsApp je 012-7103612

💬 "Kami bersihkan rumah, tapi dalam masa yang sama… kami pulihkan rasa tenang."




🌙 SEBELUM TIDUR MALAM NI...Badan dah penat, tapi kerja rumah masih menunggu.Tak mengapa... Rumah yang belum sempurna buk...
03/08/2026

🌙 SEBELUM TIDUR MALAM NI...

Badan dah penat, tapi kerja rumah masih menunggu.

Tak mengapa... Rumah yang belum sempurna bukan bermakna kita malas. Kita cuma sedang berusaha sebaik 🤲

Selamat malam & selamat berehat. 🌙




Alhamdulillah settle kerja semalamHarini lokasi kita kat Tangkak pulak Tarikh : 31/7/2026Lokasi: Jalan Melati,Taman Mela...
31/07/2026

Alhamdulillah settle kerja semalam
Harini lokasi kita kat Tangkak pulak

Tarikh : 31/7/2026
Lokasi: Jalan Melati,Taman Melati, tamgkak

Rezeki bukan sekadar datang dengan bekerja keras, tetapi juga dengan menambah ilmu. Alhamdulillah, masuk hari ke-2 darip...
22/07/2026

Rezeki bukan sekadar datang dengan bekerja keras, tetapi juga dengan menambah ilmu.

Alhamdulillah, masuk hari ke-2 daripada 3 hari Kursus Pendigitalan Perniagaan & E-Dagang.

Sedikit demi sedikit, saya sedang belajar bagaimana membawa BEBBY Cleaning Service ke tahap yang lebih baik melalui dunia digital.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan kecil ini. Doakan saya terus istiqamah belajar dan berjaya. 🤲❤️


Hari Ke-2 Kursus Business Marketing Starter Pack Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang u...
19/07/2026

Hari Ke-2 Kursus Business Marketing Starter Pack

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menghadiri Hari Ke-2 Kursus Business Marketing Starter Pack.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Coach Azs , dan Coach Yumeden atas perkongsian ilmu, pengalaman serta tunjuk ajar yang sangat bermanfaat buat kami para usahawan.
Banyak ilmu baru yang dipelajari hari ini, terutamanya tentang pemasaran, strategi membina jenama dan cara mengembangkan bisnes dengan lebih tersusun. Insya-Allah, segala ilmu ini akan saya praktikkan dalam BEBBY Cleaning Service supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan terbaik kepada pelanggan.

Perjalanan sebagai usahawan bukan mudah, tetapi saya percaya setiap langkah untuk menuntut ilmu adalah satu pelaburan menuju kejayaan.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan bisnes saya. Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan dan semoga Bebby Cleaning Service terus berkembang serta memberi manfaat kepada lebih ramai pelanggan. 🤲❤️

"Ilmu tidak akan pernah merugikan. Hari ini belajar, esok melangkah lebih jauh."

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

TEMPAHAN SLOT CLEANING BULAN JULAI DIBUKA!Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mempercayai...
26/06/2026

TEMPAHAN SLOT CLEANING BULAN JULAI DIBUKA!

Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa mempercayai BEBBY Cleaning Service

📅 Kini kami membuka tempahan untuk bulan Julai.
Kalau rumah dah mula berdebu, sibuk bekerja, sakit lutut, atau tak sempat nak mengemas... biar kami yang bantu.

✅ Cuci rumah ✅ Cuci pejabat ✅ Rumah sewa & homestay ✅ Kerja kemas dan teliti

⚠️ Slot adalah terhad kerana kami mengutamakan kualiti kerja untuk setiap pelanggan.

📞 WhatsApp sekarang: 010-910 3612

"Rumah bersih, hati pun tenang."



Semoga Allah permudahkan urusan semua yang sedang mencari rezeki hari ini. Aamiin. 🤲🌸

Assalamualaikum & selamat pagi semua.Kadang-kadang rumah yang bersih bukan sekadar sedap dipandang, tapi buat hati lebih...
15/06/2026

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Kadang-kadang rumah yang bersih bukan sekadar sedap dipandang, tapi buat hati lebih tenang dan selesa.

Jika anda sibuk bekerja, kurang masa atau perlukan bantuan mengemas rumah, kami sedia membantu.

🏠 Rumah🏢 Pejabat🏡 Homestay🏪 Kedai

📞 012-710 3612📞 010-910 3612
www.wasap.my/60127103612/cleaning

Bebby Cleaning Service"Biar kami yang membersih, anda rehat dengan tenang."

12/06/2026

KURSUS BIJAK URUS BISNES 2026
Kira Betul, Untung Jelas!

Adakah anda berniaga tetapi masih sukar mengurus kewangan, menentukan harga jualan atau merekod keuntungan dengan teratur? Kini masanya untuk tingkatkan kemahiran dan mengurus perniagaan secara lebih profesional!

✅ Pelajari cara mengurus dokumen perniagaan secara sistematik
✅ Fahami pengurusan aliran tunai dengan lebih berkesan
✅ Kuasai teknik merekod untung rugi perniagaan
✅ Tingkatkan kecekapan pengurusan modal kerja

📅 20 - 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Akademi Bahasa UTM Skudai, Johor Bahru
🎉 PERCUMA untuk 60 peserta terawal sahaja!

Jangan biarkan perniagaan anda berjalan tanpa hala tuju. Lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan yang praktikal untuk membantu perniagaan berkembang dengan lebih mampan dan menguntungkan.

📲 Daftar sekarang sebelum tempat penuh!

https://bit.ly/kursusbijakurusbisnesypkdt2026

Tarikh tutup permohonan : 18 Jun 2026 (Khamis)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Strategik YPKDT ditalian 07-2666526 / 6544





 🌿 Ada masanya, sebuah rumah menjadi kurang terurus bukan kerana penghuninya malas atau tidak mengambil berat.Kadang-kad...
10/06/2026



🌿 Ada masanya, sebuah rumah menjadi kurang terurus bukan kerana penghuninya malas atau tidak mengambil berat.

Kadang-kadang, keluarga tersebut sedang melalui ujian yang tidak diketahui oleh orang lain.

Baru-baru ini kami dipanggil membantu sebuah keluarga yang sedang berdepan dengan keadaan sebegitu.

Tuan rumah baru sahaja pulang dari hospital selepas diserang strok dan masih memerlukan penjagaan rapi di rumah.

Dalam keadaan itu, perhatian keluarga lebih penting dan tertumpu kepada kesihatan untuk pemulihan beliau.

Kerja-kerja mengemas rumah yang biasanya dilakukan setiap hari terpaksa diketepikan buat sementara waktu.

Sebagai sebuah keluarga, mereka sedang melakukan yang terbaik mengikut kemampuan yang ada.

Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk membantu membersihkan rumah tersebut agar suasana menjadi lebih selesa untuk proses pemulihan.

Kadang-kadang kerja kami bukan sekadar membersihkan rumah.

Tetapi membantu meringankan sedikit beban keluarga yang sedang melalui ujian.

To be continue....

🤲 Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat tuan rumah, mempermudahkan urusan ahli keluarga yang menjaganya dan memberikan ketenangan kepada mereka semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

BEBBY Cleaning Service

📞 012-7103612
📞 010-9103612

🏡 Rumah Bersih, Hati Tenang, Keluarga Sihat

Address

T/L JPD 61 , Lorong Haji Selamat , Kampung Sagil Parit 2, Sagil, Tangkak
Tangkak
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+60127103612

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BEBBY Cleaning Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BEBBY Cleaning Service:

Shortcuts

Share