04/01/2026
FUTURETECH: FROM IDEAS TO CREATION
Bengkel Asas Arduino
Tarikh: 3 Januari 2026
Tempat: Kolej Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan IdrisTelah
Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peserta telah didedahkan dengan asas Arduino serta aktiviti praktikal yang menyeronokkan dan bermanfaat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, fasilitator serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi pencetus minat untuk terus meneroka bidang teknologi, inovasi dan STEM pada masa akan datang.
📸 Kami kongsikan gambar sekitar program!