22/07/2026
[DAPUR KASIH BITARA SIRI 11/2026]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Fakulti Teknikal dan Vokasional dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Islam Masjid Al-Mursyidin dan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional telah menganjurkan Program Dapur Kasih Bitara Siri 11/2026.
Sebanyak 1,500 pek makanan disediakan khas untuk diagihkan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sehubungan itu, semua mahasiswa yang berkelapangan dijemput hadir bagi mendapatkan pek makanan yang disediakan bermula seawal jam 12.00 tengah hari.
Jangan lepaskan peluang dan semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga mahasiswa UPSI.
“Aspirasi Mahasiswa, Menjulang Kebitaraan”