Bahagian Pengurusan Kualiti, BPQ UPSI

Bahagian Pengurusan Kualiti, BPQ UPSI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Pengurusan Kualiti, BPQ UPSI, Management Service, Bahagian Pengurusan Kualiti, Aras Bawah, Blok A, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim.

Taipei, Taiwan, 5 November 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus meneguhkan reputasinya di arena antara...
10/11/2025

Taipei, Taiwan, 5 November 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus meneguhkan reputasinya di arena antarabangsa apabila Pasukan i-RAY daripada Pusat ICT UPSI berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award) di 50th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC 2025) yang berlangsung di Taipei International Convention Center (TICC), Taiwan, dari 3 hingga 6 November 2025.

Kejayaan ini diperoleh melalui projek inovatif bertajuk “GeoAttendance: Solving UPSI’s Staff Attendance Challenges with Geolocation Technology”, yang mengetengahkan penyelesaian pintar berasaskan teknologi geolokasi bagi memperkukuh sistem kehadiran staf universiti. Projek ini membuktikan kesungguhan UPSI dalam memperkasakan tadbir urus digital, kecekapan operasi, serta budaya kerja berasaskan kualiti.

Pengiktirafan Global terhadap Kualiti dan Inovasi UPSI
Konvensyen ICQCC 2025 kali ini dianjurkan oleh Association of Pioneer Quality Control Research (PQCRA), Taiwan dan disokong oleh agensi mewakili setiap negara dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi pihak Malaysia. ICQCC merupakan acara tahunan berprestij yang dikenali sebagai “Olympics of Quality”. Edisi ke-50 ini menghimpunkan pasukan peningkatan kualiti dari lebih 13 buah negara, termasuk Jepun, Korea, Taiwan, China, Hong Kong, Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Indonesia, Sri Lanka dan Bangladesh.

Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Modi bin Lakulu, berkata:
“Anugerah Emas ini menjadi bukti nyata bahawa inisiatif penambahbaikan kualiti di UPSI bukan sekadar dokumen di atas kertas, tetapi hasil pemikiran inovatif yang benar-benar memberi impak kepada operasi universiti dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.”

Sementara itu, Pengarah Pusat ICT, Ts. Dr. Megat Azrin bin Ahmad, menyifatkan kejayaan ini sebagai tonggak baharu dalam transformasi digital UPSI.
“Projek GeoAttendance ini adalah manifestasi keupayaan warga ICT UPSI untuk berfikir melangkaui kebiasaan dan menzahirkan solusi sebenar terhadap cabaran pengurusan universiti. Ia membuka ruang kepada lebih banyak inovasi digital yang menyokong keberkesanan sistem pentadbiran dan produktiviti staf.”

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin bin Md Taff, turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian pasukan tersebut. “Kejayaan di pentas antarabangsa ini menggambarkan bahawa warga UPSI memiliki keupayaan bertaraf global dalam menghasilkan inovasi kreatif yang berkualiti tinggi. Ia seiring dengan visi UPSI sebagai universiti pendidikan unggul yang menjunjung nilai kecemerlangan dan inovasi dalam setiap aspek pengurusan dan akademik.”

Delegasi UPSI melibatkan penyertaan kakitangan BPQ dan Pasukan i-RAY, Pusat ICT iaitu:
• Puan Nurul Fadzillah binti Sapengin (Ketua Delegasi/Pengurus Pasukan) - BPQ
• Ts. Abdul Mueiz bin Rosli (Ketua Kumpulan) – Pusat ICT
• Encik Mohammad Firdaus bin Zainun – Pusat ICT
• Puan Norhayaty binti Abdul Rahaman – Pusat ICT
• Puan Suhaila binti Abusairi – Pusat ICT
• Encik Prabu a/l Tharmalingam – Pusat ICT
• Cik Nur Syafinaz binti Azmi - – Pusat ICT
• Encik Khairul Ikmal Bin Ishak - – Pusat ICT

Kejayaan yang Didorong Kolaborasi dan Sokongan Padu
Penyertaan pasukan i-RAY ke ICQCC 2025 turut menerima sokongan pendanaan daripada Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Pusat ICT, serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa, malah memperkukuh kedudukan UPSI sebagai institusi yang komited terhadap kualiti, inovasi dan transformasi digital.

Pasukan i-RAY UPSI ke ICQCC Taipei 2025!UPSI sekali lagi melangkah ke pentas antarabangsa apabila Pasukan i-RAY bakal me...
03/11/2025

Pasukan i-RAY UPSI ke ICQCC Taipei 2025!

UPSI sekali lagi melangkah ke pentas antarabangsa apabila Pasukan i-RAY bakal menyertai "International Convention on Quality Control Circles" (ICQCC) di Taipei, Taiwan pada 2–7 November 2025.

🇲🇾✨Penyertaan ini diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) dengan kolaborasi dan sokongan pendanaan daripada:
💡 BPQ
💡 Pusat ICT
💡 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Langkah ini mencerminkan iltizam UPSI dalam memperkukuh budaya inovasi dan kualiti di peringkat antarabangsa.

Mari bersama-sama memberi sokongan & doa untuk kejayaan pasukan i-RAY UPSI! 💪🌍

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencatatkan nama di persada antarabangsa dengan meraih tiga Anuger...
02/09/2025

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencatatkan nama di persada antarabangsa dengan meraih tiga Anugerah Emas sekaligus dalam Borneo International Technology Exposition (InTEX) 2025 yang berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre Kuching, baru-baru ini.

Kejayaan cemerlang itu disumbangkan oleh tiga pasukan berbeza iaitu dari Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), gabungan Pusat ICT dan Fakulti Komputeran & Meta Teknologi (META), serta Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP).

Projek yang berjaya mengungguli Anugerah Emas tersebut ialah 'MyQ ISO System' yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), 'GeoAttendance: The Implementation of Geolocation in UPSI Staff Attendance System' yang merupakan hasil inovasi Pusat ICT dengan Kerjasama Fakulti META, serta hasil projek FMSP iaitu 'Hybrid PopUp Card, an Immersive Experience and Learning Siri 1 : Science'.

Tambah membanggakan, pasukan pencipta dari FMSP tidak sekadar berpuas hati dengan Anugerah Emas, malah berjaya meraih Cluster Special Awards bagi kategori Social Science & Humanities (Excellence Societal Impact Award), sekali gus meletakkan nama UPSI setaraf dengan universiti terkemuka dunia.

Pertandingan Borneo InTEX25 yang berlangsung pada 27 dan 28 Ogos itu menyaksikan penyertaan daripada penyelidik, ahli akademik, dan pencipta dari seluruh dunia yang mempamerkan penemuan dan produk inovatif terbaharu mereka.

Kejayaan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh warga UPSI untuk terus berinovasi dan mencipta produk yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial malah memberikan impak besar kepada negara.

📅 9 Mei 2025 - 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌Sorotan pelaksanaan Bengkel Semakan...
27/05/2025

📅 9 Mei 2025 - 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌

Sorotan pelaksanaan Bengkel Semakan Akhir Dokumen Audit Pematuhan Akreditasi Penuh Program yang telah berlangsung dengan jayanya pada:

🗓 Tarikh: 9 Mei 2025 (Jumaat)
🕣 Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
📍 Tempat: Dewan Muallim, Scholar's Suite

Adalah dimaklumkan bahawa sebanyak 132 program di Universiti Pendidikan Sultan Idris akan melalui Audit Pematuhan Akreditasi Penuh Program yang dijangka akan dijalankan pada tahun ini. Bengkel ini melibatkan seramai 144 orang kakitangan yang terdiri daripada penyelaras program dan ketua task force yang melibatkan 12 fakulti dan PTj di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan kesemua dokumen yang disediakan oleh penyelaras program adalah tepat untuk audit pematuhan akreditasi penuh program

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta serta urus setia yang telah menjayakan bengkel ini. Semoga usaha ini dapat memperkukuh kualiti dokumentasi program dalam menghadapi proses akreditasi penuh yang akan datang.

LAWATAN PENANDAARASAN PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI,...
16/05/2024

LAWATAN PENANDAARASAN PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

16 Mei 2024, UPSI - Pihak Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) telah menerima lawatan penandaarasan daripada pihak Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Sains Malaysia (USIM) yang di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Azwani Sofia binti Ahmad Khiar (Pengarah CQA USIM) dan lima (5) kakitangan yang terlibat.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada UPSI khususnya berkaitan pelaksanaan penjaminan kualiti di UPSI. Perbincangan ini menjurus kepada pelaksanaan Audit Kendiri Akademik yang dilaksanakan di UPSI.

Semoga dengan adanya program lawatan seperti ini dapat mempertingkatkan lagi kerjasama antara dua universiti pada masa akan datang.

Program Rabu Qalbu sempena bulan Ramadan anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) di bawah Portfolio Naib Canselor UPSI...
13/03/2024

Program Rabu Qalbu sempena bulan Ramadan anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) di bawah Portfolio Naib Canselor UPSI.

Tarikh : 13 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Auditorium Utama, KSAJS, UPSI
Penceramah : Ustaz Mohd Naim bin Mohamad

Terima kasih kepada semua PTj yang terlibat.

Sedang berlangsung Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UPSI anjuran BPQ.Bengkel selama dua hari i...
07/03/2024

Sedang berlangsung Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UPSI anjuran BPQ.

Bengkel selama dua hari ini dihadiri oleh pasukan KIK UPSI daripada Fakulti Teknikal Dan Vokasional, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Perpustakaan Tuanku Bainun, Pusat Kaunseling, Pusat Kokurikulum, Pusat Pembangunan Akademik, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara dan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Bengkel yang dikendalikan oleh En. Mohd Rashid bin Kanchil selaku konsultan daripada Ideas Training And Consultancy ini menfokuskan kepada pengenalan format KIK Horizon Baharu serta pemilihan dan definisi projek pasukan KIK UPSI.

Pencapaian Kumpulan Inovatif & Kreatif menerusi Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 : Road To Beijing - ICQCC 2023 Siri 2 y...
22/03/2023

Pencapaian Kumpulan Inovatif & Kreatif menerusi Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 : Road To Beijing - ICQCC 2023 Siri 2 yang diadakan pada 20-21 Mac 2023 di Hotel Swiss-Garden, Kuala Lumpur.
---

Pasukan OASIS daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) berjaya menerima Penarafan EMAS 2 bintang dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.

Manakala pasukan DREAM daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) menerima Penarafan EMAS 3 bintang, membawa pulang sijil dan wang tunai berjumlah RM300 serta layak untuk mewakili Malaysia ke peringkat konvensyen antarabangsa. Pasukan DREAM juga turut dinobatkan selaku pemenang Naib Johan Kategori Sektor Awam Persekutuan dan membawa pulang sijil serta hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM800.

Konvensyen yang julung-julung kali diadakan melibatkan penyertaan daripada 42 pasukan KIK/ICC yang terdiri daripada Sektor Awam Negeri, Awam Persekutuan dan Swasta bagi memilih pasukan yang akan mewakili Malaysia ke peringkat Konvensyen KIK/ICC antarabangsa di Beijing.

Mesyuarat Post-Mortem dan Pemantapan Dokumentasi Projek Pasukan KIK UPSI telah diadakan di Best Western i-,City Shah Ala...
05/03/2023

Mesyuarat Post-Mortem dan Pemantapan Dokumentasi Projek Pasukan KIK UPSI telah diadakan di Best Western i-,City Shah Alam pada 3 hingga 5 Mac 2023 dan telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), YBrs. Dr. Bahijah binti Abas dan dihadiri oleh wakil daripada pasukan KIK UPSI, Kumpulan OASIS daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan Kumpulan DREAM daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) serta En. Mohd Rashid bin Kanchil selaku konsultan daripada Ideas Training And Consultancy.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincang post-mortem berkaitan pengurusan serta penyertaan pertandingan Konvensyen KIK UA kali ke-16 UTHM 2022 serta memantapkan persediaan pasukan dalam merealisasikan hasrat UPSI untuk menghantar penyertaan ke Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 Siri 2, Road to Beijing : ICQCC 2023 yang akan diadakan pada 20-21 Mac 2023.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan pelbagai cadangan penambahbaikan telah diperolehi. Adalah diharapkan usaha ini dapat memantapkan persediaan kedua-dua pasukan dalam menghadapi konvensyen KIK di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang akan datang.

Program I-Qalbu Anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) di bawah Portfolio Naib Canselor UPSI.Tarikh    : 18 Januari 2...
18/01/2023

Program I-Qalbu Anjuran Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) di bawah Portfolio Naib Canselor UPSI.

Tarikh : 18 Januari 2023 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Padang Utama, KSAJS, UPSI

Terima kasih kepada semua PTj dan Pelajar FSSKJ yang terlibat.

Mesyuarat Rancangan Tindakan Pembetulan (RTP) kepada Laporan Peluang Penambaikan (OFI) Surveillance Audit MS ISO:2015 UP...
17/01/2023

Mesyuarat Rancangan Tindakan Pembetulan (RTP) kepada Laporan Peluang Penambaikan (OFI) Surveillance Audit MS ISO:2015 UPSI

Tarikh : 17 Januari 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Block 9, Fakuti Pembangunan Manusia, KSAS, UPSI

Taklimat berkenaan Audit Kendiri Kursus Universiti (AKKU) - kursus-kursus kokurikulum bersama Pusat Kokurikulum UPSI ber...
09/01/2023

Taklimat berkenaan Audit Kendiri Kursus Universiti (AKKU) - kursus-kursus kokurikulum bersama Pusat Kokurikulum UPSI bertarikh 9 Januari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum UPSI.






Address

Bahagian Pengurusan Kualiti, Aras Bawah, Blok A, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054505334

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Kualiti, BPQ UPSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bahagian Pengurusan Kualiti, BPQ UPSI:

Share