PLEASURE NETWORK CENTRE

PLEASURE NETWORK CENTRE Selamat Datang ke laman web kami...

Pleasure Network Centre (PNC) di asaskan oleh Pn. Salam,

Pn Darmawaty Dullah

Darmawaty Dullah sejak hujung 2008 dan telah didaftarkan pada 20 May 2009. Pengalaman bekerja sebagai 'Ticketing' di Agen Pelancongan MAS iaitu PLEASURAMA TRAVEL AGENT selama 6 bulan, kemudian beralih ke Agen Pelancongan AIRASIA iaitu FLYNET selama 2 tahun memberi beliau idea dan kelebihan untuk membuka agensi pelancongan sendiri. Pleasure Network Centre (PNC) bukan sahaja merupakan sebuah syarika

t yang menawarkan perkhidmatan membeli tiket secara on line dan off line, (Travel Agent), tetapi juga menawarkan perkhidmatan menempah hotel dan pakej percutian untuk anda dan keluarga sama ada di dalam mahu pun luar negara. PNC menawarkan penjualan tiket dari semua syarikat penerbangan yang ada di Malaysia iaitu MALAYSIA AIRLINES SYSTEM dan anak-anak syarikatnya MASwings, MASholidays, FIREFLY, dan AIRASIA. Tempahan hotel berbagai bintang juga turut disediakan mengikut kemampuan dan bajet anda. Selain dari itu kami juga menawarkan perkhidmatan membayar bil secara online seperti ASTRO, CELCOM, DIGI, MAXIS, TELEKOM MALAYSIA BERHAD (TM), JABATAN AIR SABAH, SABAH ELECTRICITY (SESB), LEMBAGA HASIL NEGERI (LHDN). Setelah setahun penubuhannya, PLEASURE NETWORK CENTRE (PNC) melangkah maju setapak dengan melancarkan butik kecantikan mereka iaitu BOUYGUES BEAUTY BOUTIQUE. Butik ini menawarkan perkhidmatan menjual barang secara online dan offline. Antara produk mereka adalah menjual pelbagai jenis tudung, baju siap, kain, beg tangan, fesyen, aksesori wanita, wangian dll.. Anda boleh melayari laman web http://bouyguesbeautyboutique.blogspot.com untuk mengetahui butik mereka dengan lebih lanjut.

Address

TB4292, G11 SABINDO Plaza
Tawau
SABAH

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLEASURE NETWORK CENTRE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PLEASURE NETWORK CENTRE:

Shortcuts

Share