Simpanan Unit Amanah

Simpanan Unit Amanah Perunding Unit Amanah

Unit trust atau unit amanah adalah pelaburan secara kolektif oleh para pelabur yang mempunyai objektif yang sama supaya mengumpulkan simpanan mereka dan dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset lain yg diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional

5 Tips Mudah Pilih Unit Amanah Untuk Pemula - Jangan Risau, Tak Susah!Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak mula mela...
06/05/2026

5 Tips Mudah Pilih Unit Amanah Untuk Pemula - Jangan Risau, Tak Susah!
Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak mula melabur dalam unit amanah. Jangan risau, saya nak kongsikan tips mudah yang boleh membantu anda sebagai pemula!
Pertama, kenali objektif kewangan anda. Nak simpan untuk rumah? Pendidikan anak? Persaraan? Setiap matlamat ada jenis unit amanah yang sesuai.
Kedua, faham tahap risiko anda. Kalau anda tak boleh tidur lena bila pelaburan turun naik banyak, pilih yang berisiko rendah dulu. Unit amanah bon atau campuran sesuai untuk pemula.
Ketiga, tengok rekod prestasi dana dalam 3-5 tahun lepas. Cari yang konsisten, bukan yang naik turun macam roller coaster.
Keempat, perhatikan yuran pengurusan. Yuran tinggi boleh 'makan' keuntungan anda. Bandingkan beberapa pilihan sebelum buat keputusan.
Kelima, mula dengan jumlah kecil dulu. RM100 sebulan pun boleh! Yang penting konsisten dan belajar sambil melabur.
Ingat, pelaburan unit amanah adalah untuk jangka panjang. Bersabar dan tetap focus pada matlamat anda. Nak tahu lebih lanjut? Jom berbincang tentang pelan pelaburan yang sesuai dengan situasi anda!

Kenapa Pengurusan Kewangan Penting?Cukupkah gaji anda dengan gaya hidup sekarang? Cuba lihat kembali perbelanjaan anda. ...
07/04/2026

Kenapa Pengurusan Kewangan Penting?

Cukupkah gaji anda dengan gaya hidup sekarang? Cuba lihat kembali perbelanjaan anda. Adakah ia sesuai dengan pendapatan?

Pencen? Jangan biarkan masa depan anda terbiar. Simpan sedikit demi sedikit untuk masa persaraan yang selesa.

Pendidikan? Adakah anda ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak? Mulakan tabungan pendidikan dari sekarang.

Travel? Ingin melancong ke tempat impian? Rancangan kewangan yang baik akan membantu merealisasikannya.

Jom Rancang Kewangan!

STRATEGI PEMURATAAN NILAI RINGGIT ATAU RINGGIT COST AVERAGINGTidak serumit bunyinya, maksud pemurataan nilai ringgit seb...
03/03/2026

STRATEGI PEMURATAAN NILAI RINGGIT ATAU RINGGIT COST AVERAGING

Tidak serumit bunyinya, maksud pemurataan nilai ringgit sebenarnya amat mudah untuk difahami. Ia merupakan strategi pelaburan yang mana kita melaburkan sejumlah wang secara konsisten setiap bulan. Dengan erti kata lain ia bermaksud tanpa mengira keadaan turun naik pulangan pelaburan, setiap bulan kita teruskan pelaburan secara konsisten menyimpan sejumlah wang yang tetap contohnya RM100 sebulan.

Strategi pelaburan ini memang efektif kerana kita sudah pasti tidak dapat meramal bagaimana pulangan pelaburan setiap bulan – ada yang turun dan ada juga yang naik. Tetapi dengan menyimpan dan melabur secara konsisten setiap bulan, ia seakan memuratakan risiko pelaburan kita selain harga belian setiap unit. Kita akan mendapat manfaat pulangan jangka panjang di samping mengurangkan risiko jangka pendek.
Konsisten dalam perihal kewangan kita adalah kunci kepada kejayaan ataupun keuntungan sesebuah pelaburan unit trust. Ramai pelabur mengalami kerugian hanya kerana tidak konsisten dalam pelaburan.

With Mustofa Kamal Achmad R – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰
02/03/2026

With Mustofa Kamal Achmad R – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰

Mulakan Awal . Mulakan dengan jumlah yang  Kecil. Mulakan dengan cara anda.Anda sudah tahu menabung adalah  urusan masa ...
11/02/2026

Mulakan Awal . Mulakan dengan jumlah yang Kecil. Mulakan dengan cara anda.

Anda sudah tahu menabung adalah urusan masa depan.
Bahagian yang lebih sukar ialah mengetahui bagaimana untuk anda bermula, apa yang perlu anda pilih, dan sama ada anda telah membuat keputusan dan langkah yang betul.

Terlalu banyak pilihan. Terlalu banyak pendapat. Terlalu rumit .
PRS menjadikannya mudah. Anda memilih daripada dipilih susun
pemilihan dana, supaya anda boleh bermula dengan yakin –
dan sesuaikan bagi langkah yang berterusan dan konsisten.



Simpan dan labur,Satu ungkapan yang mudah diucapkan tapi susah di laksanakan.Hanya perlu mindset yang betul dan konsiste...
09/02/2026

Simpan dan labur,

Satu ungkapan yang mudah diucapkan tapi susah di laksanakan.

Hanya perlu mindset yang betul dan konsisten dalam menguruskan kewangan untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan.

Bila melihat kos pendidikan 5 tahun akan datang boleh capai RM 72 K bagi tempo 5 tahun pengajian jadi perlukan perancangan kewangan yang effisien sekurang-kurangnya bermula hari ini sudah ada buat Tabung Pendidikan untuk anak-anak.

Kos pengajian perubatan (pergigian) di Mesir adalah sebanyak RM 72,000 bagi tempoh 5 tahun (kadar 2026) . Maka kita perlu menyimpan RM 534 Setiap bulan bagi mencapai dana RM 72K untuk menampung kos pengajian pada masa akan datang.

Simpanan dan labur serendah RM 100.00 untuk anak-anak atau untuk diri sebagai tabung persaraan.

Jangan segan contact saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

12/12/2025
Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori. masih sempat lagi buat simpanan PRS , cukup tahun boleh dapat b...
11/12/2025

Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori.
masih sempat lagi buat simpanan PRS , cukup tahun boleh dapat balik semasa umur 55 tahun beserta dividen.
Percuma Takaful , bayaran takaful x ada .
Pelepasan cukai RM 3,000.00
berminat boleh contact saya .

Bagaimana RM100 Sebulan Boleh Jadikan Anak Anda Seorang Jutawan β€” Walaupun Hanya Menyimpan Sehingga Umur 18 TahunRamai i...
19/06/2025

Bagaimana RM100 Sebulan Boleh Jadikan Anak Anda Seorang Jutawan β€” Walaupun Hanya Menyimpan Sehingga Umur 18 Tahun

Ramai ibu bapa impikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak.
Tetapi tak ramai sedar bahawa hadiah paling berharga bukanlah harta besar,
tetapi masa, disiplin dan strategi pelaburan yang betul.

Mari kita lihat simulasinya:

βΈ»

βœ… Pilihan 1:
Simpan RM50/sebulan dari lahir hingga umur 18 tahun
➑ Jumlah simpanan: RM10,800
➑ Biarkan berkembang dengan pulangan tahunan 10% sehingga umur 65
πŸ“ˆ Nilai potensi: RM2.67 juta

βœ… Pilihan 2:
Simpan RM75/sebulan sehingga umur 18
➑ Jumlah simpanan: RM16,200
πŸ“ˆ Nilai potensi: RM4.00 juta

βœ… Pilihan 3:
Simpan RM100/sebulan sehingga umur 18
➑ Jumlah simpanan: RM19,800
πŸ“ˆ Nilai potensi: RM5.34 juta

βΈ»

πŸ”’ Anda hanya perlu simpan sehingga umur anak 18 tahun.
Selepas itu, biarkan kuasa compounding bekerja.

βΈ»

Kesimpulan:
βœ… Tak perlu tunggu gaji besar untuk mula menyimpan
βœ… Lagi awal mula, lebih besar impaknya
βœ… Pelaburan kecil hari ini = perbezaan besar masa depan

βΈ»

Nak tahu di mana tempat terbaik untuk mula simpan dan labur untuk anak?

πŸ“² PM saya. Saya bantu rancang dan tunjuk strategi sesuai dengan bajet anda:

https://www.wasap.my/60168314248/simpananunitamanah

Address

Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Simpanan Unit Amanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share