EFFA Worldwide Agency NS0186034-V

EFFA Worldwide Agency NS0186034-V Your Journey is Our Destiny

Perjalanan Anda Bermula Di Sini

sebuah perunding ibadah Haji/Umrah memberi khidmat nasihat perancangan ibadah, membantu memilih pakej ibadah dan memilih syarikat pelancongan yang berdaftar.

Antara AKU dan TANAHTanah yang Aku rinduiTumpahnya darah IbuBertarung nyawa lahirkanAku ke alam dunia ini.Tanah yang Aku...
23/09/2024

Antara AKU dan TANAH

Tanah yang Aku rindui
Tumpahnya darah Ibu
Bertarung nyawa lahirkan
Aku ke alam dunia ini.

Tanah yang Aku ingati
Jatuh bangun membesar
Jadi manusia kenal diri
Aku kerdil di dunia ini.

Tanah yang Aku sanjungi
Timba ilmu dari insan mulia
Bergelar guru ajar ku tahu
Aku faqir di dunia ini.

Tanah yang Aku sayangi
Tumbuh benih pohon asmara
Mekar berbunga sedarkan
Aku pengemis di dunia ini.

Tanah yang Aku cintai
Kiblahku tika Aku bersujud
Hina dahi mulia ingatkan
Aku hamba di dunia ini.

Tanah yang Aku kunjungi
Semadi jasad mulia Nabi
Bawa Rahmat, Beri Syafaat
Aku ummatmu di dunia ini.

Tanah yang Aku nanti
Ruang sempit buat berehat
Liang lahad himpit insafkan
Aku kelana di dunia ini

Tanah yang Aku kenali
Darinya mula Aku dicipta
Kepadanya p**a Aku kembali
Aku hina di dunia ini.

Tanah yang Aku dambai
Taman Firdausi mewangi
Indah berseri memakau
Aku zuhud di dunia ini.

Tanah yang Aku geruni
Cerun jahanam tiada peri
Lembah ngeri membakar
Aku leka di dunia ini.

Oh Tuhan,
Bersyukur ciptakan Aku
Lahir dari kasih rahim Ibu
Ajar ku tahu dan percaya
Anugerahkan ku erti cinta
Tunduk sujud pada Pencipta.

Oh Tuhan.
Dari Tanah menjadi tanah
Tiba masa berehat setika
Di hanyir lubang gelita
Moga beroleh nur cahaya
Terhindar mara bahaya.

Assabaki
GA982
Jakarta > Jeddah
16 Dis 2014
20:00

Dikau permata paling berhargaAkan kupelihara dan akan kujagaDikau hadir dalam lena dan jagaMerindui dirimu ibarat musafi...
22/09/2024

Dikau permata paling berharga

Akan kupelihara dan akan kujaga

Dikau hadir dalam lena dan jaga

Merindui dirimu ibarat musafir nan dahaga

Dengan tenang membaca Ayat Suci,Terasa senang berada di sebelah sisi,Jiwa terkenang suasana bersama Nabi,Pasti berlenang...
21/09/2024

Dengan tenang membaca Ayat Suci,
Terasa senang berada di sebelah sisi,

Jiwa terkenang suasana bersama Nabi,
Pasti berlenang air mata mengalir di p**i.

Mulakan Kerja dengan SolatSemoga Berkat dan Selamat
19/09/2024

Mulakan Kerja dengan Solat
Semoga Berkat dan Selamat

S**a layan kanak-kanakJiwa tenang makan enakHidup senang tidur lenaBila terkenang berair mata
18/09/2024

S**a layan kanak-kanak
Jiwa tenang makan enak

Hidup senang tidur lena
Bila terkenang berair mata

Meskipun jarak BerjauhanKami masih BerhubunganMemenuhi khidmat suruhanTali Ukhuwah berpanjanganJika diberi hanya satu Pi...
17/09/2024

Meskipun jarak Berjauhan
Kami masih Berhubungan

Memenuhi khidmat suruhan
Tali Ukhuwah berpanjangan

Jika diberi hanya satu Pilihan
Rela Bersama, Berpisah Jangan.

Baru balik TawauHari ini mesyuarat Persediaan dan PersiapanPenerbangan 14 SeptemberSemua ceriaJemaah gembira27 September...
10/09/2024

Baru balik Tawau
Hari ini mesyuarat

Persediaan dan Persiapan
Penerbangan 14 September

Semua ceria
Jemaah gembira

27 September 2024
Jelajah Eropah pulok

Senyuman adalah SunnahSenyuman adalah SedekahSenyuman adalah MahabbahSenyuman adalah Ukhuwwah
09/09/2024

Senyuman adalah Sunnah
Senyuman adalah Sedekah
Senyuman adalah Mahabbah
Senyuman adalah Ukhuwwah

Marketing melalui FaceBook memang ada kesannya.Tapi Face2Face lebih memberi kesan dan feedback yang cepat. Berkongsi pen...
08/09/2024

Marketing melalui FaceBook memang ada kesannya.

Tapi Face2Face lebih memberi kesan dan feedback yang cepat.

Berkongsi pengalaman dengan masyarakat Tawau sangat memberangsangkan.

Penerimaan mereka sangat teruja membakar semangat untuk membara.

In shaa Allah, diizinkan Allah EFFAH Travel Sdn Bhd akan bertapak di Negeri Di Bawah Bayu.

MARA BersamaKe Puncak JayaBuktikan KitaAdalah JuaraTiap UsahaTakkan KecewaTeruskan JuaPasti Berjaya
07/09/2024

MARA Bersama
Ke Puncak Jaya

Buktikan Kita
Adalah Juara

Tiap Usaha
Takkan Kecewa

Teruskan Jua
Pasti Berjaya

Di Bumi Bawah BayuTawau Aku BertamuHatiku Bertambah SayuMesra Diterima TetamuHasrat Besar Merayu-RayuIngin Benar Selalu ...
07/09/2024

Di Bumi Bawah Bayu
Tawau Aku Bertamu

Hatiku Bertambah Sayu
Mesra Diterima Tetamu

Hasrat Besar Merayu-Rayu
Ingin Benar Selalu Bertemu

05/09/2024

Jadilah seperti ANGIN, terbangkan DAUN. Daun akan JATUH, Angin tetap BERTIUP.

Address

Tawau

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

0162032344

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EFFA Worldwide Agency NS0186034-V posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share