Kit Jenazah Al-Yassar

Kit Jenazah Al-Yassar Kepakaran kami adalah membantu anda membuat persediaan awal dengan menyediakan kelengkapan jenazah dengan mudah dan pantas seluruh Malaysia.

13/06/2024
Peminat doyan...
11/06/2024

Peminat doyan...

"๐™น๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐™บ๐™ฐ๐™ป๐™ธ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ธ๐™ฝ๐™ถ๐™ธ๐™ฝ ๐™ผ๐™ด๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ ๐™พ๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐™ธ๐š‚๐™ป๐™ฐ๐™ผ ๐™ผ๐™ฐ๐™บ๐™ฐ ๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ๐™ป๐™ฐ ๐™ท๐™ฐ๐š๐™ธ ๐š๐™ฐ๐šˆ๐™ฐ ๐™ธ๐™ณ๐š„๐™ป ๐™ต๐™ธ๐šƒ๐š๐™ธ, ๐™ธ๐šƒ๐š„๐™ป๐™ฐ๐™ท ๐™พ๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐™ธ๐š‚๐™ป๐™ฐ๐™ผ. ๐šƒ๐™ด๐šƒ๐™ฐ๐™ฟ๐™ธ ๐™น๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐™ผ๐™ฐ๐š„ ๐™ผ๐™ด๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ ๐™พ๐š...
02/05/2023

"๐™น๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐™บ๐™ฐ๐™ป๐™ธ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ธ๐™ฝ๐™ถ๐™ธ๐™ฝ ๐™ผ๐™ด๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ ๐™พ๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐™ธ๐š‚๐™ป๐™ฐ๐™ผ ๐™ผ๐™ฐ๐™บ๐™ฐ ๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ๐™ป๐™ฐ ๐™ท๐™ฐ๐š๐™ธ ๐š๐™ฐ๐šˆ๐™ฐ ๐™ธ๐™ณ๐š„๐™ป ๐™ต๐™ธ๐šƒ๐š๐™ธ, ๐™ธ๐šƒ๐š„๐™ป๐™ฐ๐™ท ๐™พ๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐™ธ๐š‚๐™ป๐™ฐ๐™ผ.
๐šƒ๐™ด๐šƒ๐™ฐ๐™ฟ๐™ธ ๐™น๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐™ผ๐™ฐ๐š„ ๐™ผ๐™ด๐™ป๐™ธ๐™ท๐™ฐ๐šƒ ๐™พ๐š๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐šˆ๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ ๐™ฑ๐™ด๐š๐™ธ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ณ๐™ฐ๐šƒ๐™ฐ๐™ฝ๐™ถ๐™ป๐™ฐ ๐™บ๐™ด ๐™ผ๐™ด๐š‚๐™น๐™ธ๐™ณ ๐™บ๐™ด๐šƒ๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐š‚๐™ท๐™ฐ๐™ป๐™ฐ๐šƒ ๐š‚๐š„๐™ฑ๐š„๐™ท.
~๐™—๐™ช๐™ฎ๐™– ๐™๐™–๐™ข๐™ ๐™–

ketahuilah....bahawa kawanmu itu hanyalah utk menunjukkan kemesraan dalam persahabatan..
10/05/2022

ketahuilah....bahawa kawanmu itu hanyalah utk menunjukkan kemesraan dalam persahabatan..

05/05/2022
ADAKAH KAU RASA DUNIA ISINYA HANYA KAU YANG PUNYA..Kita berada di alam kubur lebih lama daripada kita hidup di dunia.Ima...
10/04/2022

ADAKAH KAU RASA DUNIA ISINYA HANYA KAU YANG PUNYA..

Kita berada di alam kubur lebih lama daripada kita hidup di dunia.
Imam Syafie hidup selama 53 tahun di dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih 1,200 tahun.
Imam Nawawi hidup selama 53 tahun di atas dunia, sekarang beliau sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun.
Jadi, adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di alam kubur nanti?
Allah menciptakan manusia dan jin adalah supaya kita beribadat kepadaNYA.
Kita hidup hanya sekali sahaja di atas dunia ini, maka jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang bersifat sementara.
Muhasabah diri...
Ada duit lebih, rajin-rajin bersedekah wahai manusia, itulah bekalan untuk hidup kamu yang lebih lama di alam kubur dan alam akhirat.
Solat Fardhu 5 waktu jangan ditinggalkan walau dlm apa jua keadaan , subuh mesti
bangun
Insaflah, jangan sesekali kita berbangga dengan harta dan kehidupan di atas dunia. KEMATIAN akan menjemput kita bila-bila masa, di mana-mana dan apa cara sekalipunโ€ฆ.

11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI SURAU ATAU MASJID""Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke ...
12/03/2022

11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI SURAU ATAU MASJID"

"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*

1๐Ÿ‘‰Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
(Riwayat Ibn Majah)

2๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
(Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
(Riwayat Muslim)

6๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10๐Ÿ‘‰Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11๐Ÿ‘‰Allah berfirman:
"Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

*KETIKA REZEKIMU HABIS,**MAKA AJALPUN TIBA**(Dunia bukan tempat tinggal*Dunia tempat Meninggal)* *Jangan pedulikan jasad...
29/01/2022

*KETIKA REZEKIMU HABIS,*
*MAKA AJALPUN TIBA*

*(Dunia bukan tempat tinggal
*Dunia tempat Meninggal)*

*Jangan pedulikan jasadmu yang akan busuk & hancur!!...*
*Kaum muslimin akan melaksanakan kewajiban mereka:*

*1. Memandikan mu*
*2. Mengkafani mu*
*3. Mensolati mu*
*4. Menguburkan mu*

*Yakinlah!!! bahawa :*
*Dunia tidak sedih dengan KEMATIAN mu*

*Alam semesta tidak berduka atas kepergian mu.!*

*Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan perpisahan mu.!!*

*Perekonomian akan terus berputar.*!

*Pekerjaanmu, akan digantikan orang lain*!

*Hartamu akan pindah tangan secara halal kepada ahli waris.!*

*Sementara โ€‹Anda yang akan di HISAB atas segala sesuatu dari perkara yang besar sampai dengan hal yang paling kecil.!!*

*Yang pertama lepas dari mu, adalah *namamu..*

*Saat Anda meninggal dunia: Orangยฒ bertanya : โ€‹โ€‹Dimana MAYATnya?โ€‹โ€‹*

*Mereka tidak lagi memanggil mu dengan namamu.. Namamu tinggal kenangan belaka*

*Ketika mereka akan men solati, mereka kata : โ€‹โ€‹Bawa kesini *JENAZAHnya.!!!โ€‹โ€‹* *Mereka tidak lagi menyebutkan *namamu.. Betapa cepat namamu hilang berlalu....โ€‹*

*Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata: โ€‹ *Dekatkan MAYATnya.!!โ€‹ tanpa menyebutkan namamu..*

*_Kerana itu..._*
*_Janganlah tertipu oleh kehormatan, status sosial dan kelebihanmu..!!_*

*_Jangan terperdaya oleh kedudukan, jawatan dan nasab keturunanmu...!!_*

*_โ€‹Alangkah fananya dunia ini... dan betapa besar apa yang akan kita hadapi...โ€‹_*

*KESEDIHAN ORANG ATAS KEPERGIAN MU ADA 3:*

*1.Orang yang mengenal mu sepantas akan mengatakan: โ€‹โ€‹Kasihan...!!โ€‹โ€‹*

*2.Teman dan sahabatmu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka kembali pada rutin dan canda tawa mereka..*

*3.Kesedihan mendalam di rumah...*
*Keluargamu akan bersedih seminggu,*
*satu-dua bulan atau hingga satu tahun..*
*Kemudian mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan...*

*Demikianlah... Kisah mu di antara manusia telah berakhir...*

*Anda hanya ALBUM KENANGANโ€‹.*

Kisah mu yang sebenarnya baru dimulai... bersama sesuatu yang nyata, iaitu :
*Alam Akhiratโ€‹*

*Telah lepas darimu:*
*1.Ketampanan /Kecantikan*
*2.Harta/Rumah*
*3.Kedudukan /Jawatan*
*4.Anak*
*5.Isteri/Suami*

*โ€‹Kehidupan mu yang sesungguhnya baru dimulaiโ€‹*
๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
*Pertanyaannya sekarang adalah :*

*โ€‹Apa yang telah Anda siapkan untuk "kubur" dan akhirat mu.???*
Ini adalah *KENYATAAN* yang akan terjadi dan perlu direnungkan.!!โ€‹

*โ€‹Check ibadahmu..*
*โ€‹Check Amal soleh dan Sedekahโ€‹ mu..*
*Check perilaku dan tingkah laku mu..*

*โ€‹Semoga kita semua menyiapkan bekal untuk kehidupan yg kekal..*
*Dan Selamat di Akhirat..*

*_"Dan berilah peringatan! kerana peringatan itu bermanfaat bagi orangยฒ beriman"_*

*Kenapa Mayat memilih: "SEDEKAH" jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah:*

*โ€‹"Ya Allah! jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, nescaya aku akan bersedekah"โ€‹*

*Mereka tidak mengatakan:*
*๐Ÿ‘‰Nescaya Aku akan Haji/Umrah..*
*๐Ÿ‘‰Nescaya Aku akan Solat..*
*๐Ÿ‘‰Nescaya Aku akan Puasa..*

*Para Ulama menjelaskan : "Mayat hanya mengatakan Sedekah kerana dia melihat pahala sedekah yang sangat besar setelah kematian"*

*Maka โ€‹perbanyaklah sedekahโ€‹*
*untuk saat ini bersedekahlah dengan semampu mungkin pada sesiapa yang memerlukan dengan niat kerana Allah*

*MARI SENANTIASA BERTAUBAT, BERIBADAH DAN MELAKUKAN SEDEKAH & AMAL JARIAH*

05/10/2021

Seandainyer kita ditakdirkan Mati hari ini....

14/09/2021

Dari Belaian Kasih Ayah,Anak Membawa Terus Ke Syurga..

11/02/2021

Masa zaman dinosour dulu b*k perkara yg kita lalai..biler dah jadi kucing maluยฒ alah jer nak beribadat nk pergi masjid n p surau pun takut org kata..pedulikan hal org kerana hidup dan mati hanya untuk ALLAH.

Address

No 4&5 Kedai Mdpt, Felcra Seberang
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124008485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kit Jenazah Al-Yassar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kit Jenazah Al-Yassar:

Share