Perguruan Laksamana Sunan-Pls

Perguruan Laksamana Sunan-Pls Perguruan Laksamana Sunan adalah sebuah badan amal yg menyediakan perkhidmatan rawatan alternatif dan khidmat nasihat demi agama,bangsa dan negara...

25/10/2023
25/10/2023
LA MAUJUD,ILLALLAH,ILLALLAH HAQQU...KAMI BERJAGA DIKALA YG LAIN MASIH LENA...  TABUH BERGEMA,KEBANGKITANPUN BERMULA...AL...
02/09/2022

LA MAUJUD,ILLALLAH,ILLALLAH HAQQU...

KAMI BERJAGA DIKALA YG LAIN MASIH LENA...

TABUH BERGEMA,KEBANGKITANPUN BERMULA...ALLAH HU AKBAR!!

Sebuah perjalanan yg panjang...Tanpa tau dimana titik akhirnya...Menghadapi segala liku liku kehidupan,Berdepan dgn 1001...
18/11/2021

Sebuah perjalanan yg panjang...
Tanpa tau dimana titik akhirnya...
Menghadapi segala liku liku kehidupan,
Berdepan dgn 1001 permasalahan,
Pengkhianatan,tikam belakang,fitnah dan umpat keji itu biasa...
Moga sampai satu masa,
Sampai pada cahaya yg ada diatas cahaya jua adanya...

ILA HA ILLALLAH,
MUHAMMADURRASULLULLAH...
AAMIIN

Raden Ahmad:Pi is a new digital currency developed by Stanford PhDs, with over 10 million members worldwide. To claim yo...
28/12/2020

Raden Ahmad:
Pi is a new digital currency developed by Stanford PhDs, with over 10 million members worldwide. To claim your Pi, follow this link https://minepi.com/tokraden and use my username (tokraden) as your invitation code.

Assalamualaikum warohmatulloh. Semoga semua sihat wal afiah dan di dlm keredhoanNya sentiasa. Aamiin

Saya sertakan link platform mata wang digital Pi Network untuk korang daftar dan mining@melombong secara percuma...ye percuma. Just daftar dan follow step by step..bi iznillah x lama lagi ada NILAI mata wang Pi ni...kita sama2 cairkan.

Saya akan menghantar anda 1π! Pi adalah mata wang digital baru yang dibangunkan oleh Stanford PhDs, dengan lebih daripada 10 juta ahli di seluruh dunia. Untuk menuntut Pi anda, ikuti pautan diatas ni dan gunakan nama pengguna saya (tokraden) sebagai kod jemputan anda.

Pi is a new digital currency being developed by a group of Stanford PhDs. For a limited time, you can join the beta to earn Pi and help grow the network.

https://youtu.be/jin50Zapw4w
24/05/2020

https://youtu.be/jin50Zapw4w

Assalamualaikum salam lebaran buat semua.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATHIN Semoga raya tahun ini menjadi sejarah didalam kehidupan kita da...

73 GOLONGAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN.1. SYIAH = 22 Golongan2. KHAWARIJ = 20 golongan3. MUKTAZILAH = 20 golongan4. MURJIAH = ...
28/03/2020

73 GOLONGAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN.

1. SYIAH = 22 Golongan
2. KHAWARIJ = 20 golongan
3. MUKTAZILAH = 20 golongan
4. MURJIAH = 5 golongan
5. NAJJARIAH = 3 golongan
6. JABBARIYAH = 1 golongan
7. MUSYABBIHAH = 1 golongan

Antara Ahlul Bait dan Syiah ada perbezaannya, Syiah adalah pengikut, manakala Ahlul Bait adalah mereka yang berketurunan Rasulullah ﷺ. Sebahagian besar kelompok Syiah ini adalah mereka yang terjerumus dalam penyelewengan aqidah. Ini kerana mereka menamakan diri mereka sebagai SYIAH dan mendakwa mereka mencintai Ahlul Bait.

Ianya seolah-olah mengambarkan Ahlussunnah wal-Jamaah ini tidak mengerti dan tidak mencintai Ahlul Bait.

Walhal ulama dari keturunan Ahlul Bait kesemuanya dari aliran Ahlussunnah wal-Jamaah, bukan daripada golongan Syiah. Tidak ada seorang pun Imam dan Muhaddits dari kalangan Ahlul Bait yang menganut ajaran Syiah.

Syiah memiliki ciri yang sangat jelas, iaitu membenci para Sahabat Nabi ﷺ, tidak mengakui kekhalifahan Khulafa Ar-Rasyidin kecuali Ali bin Abi Thalib.

Mereka enggan ziarah ke makam Rasulullah ﷺ dengan alasan kerana di situ terdapat jasad Sayyidina Abu Bakar dan Umar radhiyallahu'anhuma.

Mereka mengaku mencintai Ahlul Bait padahal dalam masa yang sama mereka juga menghina Ahlul Bait.

Mereka menganggap puteri Rasullah ﷺ Fathimah Az-Zahra ra, sebagai wanita suci yang mendapat didikan terus dari Nabi ﷺ tetapi mereka juga mengatakan yang puteri Baginda ﷺ mempunyai sifat keji cepat marah, kalut dan ribut apabila menuntut tanah warisan. Bukankah gambaran sifat-sifat seperti ini suatu penghinaan kepada puteri Rasulullah ﷺ?

Adakah mereka mengkiaskan puteri Rasulullah ﷺ ini mempunyai jiwa serakah dan tamak yang pantas jadi ribut dengan sepetak tanah waris sebagaimana artis-artis kalut di masa kini?

Kemudian mereka menghina Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan dianggap bertaqiyah (berdusta) atau berpura-pura semasa memberi bai'at Abu Bakar Siddiq ra sebagai khalifah. Padahal perbuatan bertaqiyah amat berlawanan dengan peribadi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Syiah juga mendakwa yang Sayyidina Ali ra ketika itu tahu bahawa Khalifah Abu Bakar ra itu sesat, tetapi berdiam diri. Bukankah ini penghinaan pada sifat mulai yang ada pada Sayyidina Ali?

Kita sewajarnya memahami bahawa Syiah adalah akidah orang Persia, atau Parsi. Hadits yang mereka riwayatkan cacar marba dan bercelaru sanadnya, tidak seperti golongan Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang teratur dan tersusun beserta dengan senarai perawi sanad. Tambahan p**a, sanad guru guru Ahlus Sunnah bersambung-sambung manakala salasilah periwayat mereka terputus.

Mereka juga tidak berpandu dan berpaut pada Imam Imam Ahlul Bait. Mereka mempunyai ajaran sendiri, cara solat berbeza, syahadat berbeza, bahkan Al-Qur'an mereka pun berbeza.

Telah dijelaskan bahawa mereka ini adalah pengikut rakyat Parsi, kerajaan Parsi yang pernah dikalahkan oleh Islam. Kemudian puteri Kaisar Persia telah dibawa sebagai tawanan (hamba). Sayyidina Ali yang bersimpati dan tidak sampai hati melihat puteri kaisar itu dijadikan tawanan. Lalu beliau kemudiannya, membebaskannya dan telah menikahkan puteri kaisar tersebut dengan puteranya, iaitu Husein bin Ali ra.

Kini kita dapat lihat bagaimana mereka akhirnya mendakwa dan menjadi kaum Syiah. Mereka mengakui para Imam hanya dari keturunan Husein bin Ali. Tidak ada seorang pun dari kalangan 10 Imam, mereka yang termasyhur itu dari keturunan Hasan bin Ali ra. Padahal Hasan bin Ali adalah saudara kandung Husein bin Ali ra. Keduanya adalah cucu Rasulullah ﷺ. Malahan keturunan Hasan bin Ali lebih ramai dari keturunan Husein bin Ali.

Mengapa mereka hanya mengambil
Imam-Imam mereka dari keturunan Husein bin Ali ra?? Jawapannya adalah kerana mereka memang bukan bertujuan memuliakan keturunan Nabi ﷺ, tetapi memuliakan keturunan puteri kaisar mereka,kaisar Persia itu. Oleh kerana puteri kaisar itu dinikahi oleh Husein bin Ali, maka mereka mengagung-agungkan keturunan Husein bin Ali ra dan menyingkirkan keturunan Hasan bin Ali ra.

Dan saudara kita muslimin-muslimat terus terpedaya oleh penipuan ini, termasuklah ramai dari kalangan habaib. Kita sewajarnya tidak harus bersikap memusuhi dan memerangi mereka. Sebaliknya terus berusaha merangkul mereka agar kembali pada Ahlussunnah wal-Jamaah.

إِنَّ بني إسرائيلَ تفرقَتْ على ثنتينِ وسبعينَ مِلَّةً ، وتفْتَرِقُ أمتي على ثلاثٍ وسبعينَ ملَّةً كلُّهم في النارِ إلَّا ملَّةً واحدَةً ، قال من هِيَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada 72 golongan, manakala umat-ku p**a akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua mereka di neraka kecuali satu golongan sahaja. (para Sahabat) bertanya, "Siapakah (golongan yang tersebut) ya Rasulullah? Rasulullah menjawab, "Mereka golongan yang aku dan para Sahabat-ku berada di atasnya"
(Hadith riwayat al-Imam al-Tirmidzi)

“Akan muncul dari bumi sebelah Timur, suatu kaum. Mereka membaca al-Qur'an tetapi tidak melebihi kerongkong. Mereka mencarik-carik persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus bermunculan dan yang terakhir keluar antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal untuk menghancurkan Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah (penguasa yang mempergunakan agama) di muka bumi ini.”
(Al-Mustadrak Ala Sahihaini, Imam Hakim (2/160-161)

“Tidak akan datang kiamat sehingga beberapa qabilah dari umatku bergabung dengan orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala-berhala. Dan sesungguhnya akan ada di kalangan umatku ini tiga puluh orang pembohong besar yang masing-masing mengaku sebagai nabi, padahal aku adalah penutup para nabi, tidak ada nabi sama sekali sesudahku.”
(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi dari Tsauban)

Melihat hadits-hadits sahih ini, dapat diambil kesimp**an iaitu:

1. Nabi Muhammad ﷺ mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi dalam lingkungan ummat Islam secara mu’jizat, iaitu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi. Perkhabaran ini tentu baginda ﷺ terima dari Allah SWT.

2. Sesudah Nabi ﷺ wafat, akan ada perselisihan faham yang banyak, sehingga Islam terpecah kepada 73 fahaman (i’tiqad/firqah).

3. Ada segolongan orang-orang muda pada akhir zaman yang mengungkapkan dalil-dalil dari Al-Qur'an, tetapi keimanan mereka tidak melewati kerongkongnya.

4. Ada dua golongan yang tidak bersangkut paut dengan Islam, iaitu fahaman dari firqah Murjiah dan Qadariyah.

5. Ada 30 orang pembohong yang akan mendakwa bahawa dirinya adalah Rasul, padahal tidak ada lagi Rasul sesudah Nabi Muhammad ﷺ.

6. Dan ada orang-orang Khawarij yang paling jahat, yang lisan mereka ringan dan gopoh mengkafirkan sesama Islam.

7. Di antara 73 golongan itu ada satu yang benar iaitu golongan iaitu Al-Jamaah yang selalu berpegang teguh kepada Sunnah Nabi dan Al Qur'an. Mereka ini akan selalu mempertahankan kebenaran iktiqad-nya sehingga hari kiamat.

Setelah meneliti sejarah perkembangan Islam sejak abad pertama Hijriyah hingga sekarang, ternyata apa yang disampaikan Nabi Muhammad ﷺ benar-benar telah terjadi.

Di dalam buku Bugyatul Mustarsyidin karangan M***i Syeikh Sayid Abdul Rahman bin Muhammad bin Husein bin Umar, yang terkenal dengan gelaran Ba’ Alawi, cetakan Mathba’ah Amin Abdul Majid Kairo (Mesir) tahun 1960M/1381H, halaman 398.

Bahawa 72 firqah yang sesat itu bertumpu pada 7 firqah iaitu:

1. Fahaman Syiah:
• kaum yang berlebih-lebihan memuja Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Mereka tidak mengakui Khalifah Rasyidin yang lain iaitu Khalifah Abu Bakar as-Shiddiq, Khalifah Umar Ibnu Khattab dan Khalifah Utsman bin Affan. Kaum Syiah terpecah menjadi 22 aliran. Termasuk pengikut Syiah adalah kaum Baha'iyah dan Kaum Ahmadiyah Qad-yan.

2. Fahaman Khawarij:
• iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Sayyidina Ali. Firqah ini berfatwa bahawa orang-orang yang membuat dosa besar menjadi kafir. Kaum Khawarij terpecah menjadi 20 aliran.

3. Fahaman Mu’tazilah:
• iaitu kaum yang berfahaman: bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat, mendakwa manusia membuat pekerjaannya dengan sendiri. Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata kepala di dalam syurga, orang yang mengerjakan dosa besar di letakkan di antara dua tempat dan mi’raj Nabi Muhammad ﷺ hanya dengan roh sahaja, dll. Kaum Mu’tazilah terpecah menjadi 20 aliran. Termasuk di antaranya adalah Kaum Qadariyah.

4. Fahaman Murjiah:
• iaitu kaum yang memfatwakan bahawa membuat maksiat (kedurhakaan) tidak memberi mudharat jika sudah beriman. Sebaliknya membuat kebaikan dan kebajikan tidak bermanfaat jika kafir. Kaum ini terpecah menjadi 5 aliran.

5. Fahaman Najariyah:
• iaitu kaum yang memfatwakan bahawa perbuatan manusia adalah makhluk, iaitu dijadikan Tuhan. Tetapi mereka berpendapat bahawa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariyah terpecah menjadi 3 aliran.

6. Fahaman Jabariyah:
• iaitu kaum yang memfatwakan bahawa manusia “majbur” ertinya tidak berdaya apa-apa. Kasab atau usaha tidak ada sama sekali. Kaum ini hanya ada 1 aliran sahaja.

7. Fahaman Musyabbihah:
• iaitu kaum yang memfatwakan bahawa ada keserupaan Tuhan dengan manusia. Misalnya Tuhan itu bertangan, berkaki, duduk di kursi, naik turun tangga dll. Kaum ini hanya 1 aliran sahaja. Kaum Wahabi adalah termasuk dalam golongan ini.

Semua di atas tadi jika ditambah dengan 1 lagi aliran iaitu Ahlussunnah wal-Jamaah, maka jumlahnya akan menjadi 73 firqah. Ianya sejajar sebagaimana yang telah disebut oleh Nabi Muhammad ﷺ dalam hadits Imam at-Tarmidzi dan Hakim

WALLAHU A'LAM BIS SAWAB

angkara sihir...kekadang sihir dtg dengan pelbagai cara,ada yg guna angin,air,api,haiwan bisa dan lelain lagi...semalam ...
19/11/2019

angkara sihir...
kekadang sihir dtg dengan pelbagai cara,ada yg guna angin,air,api,haiwan bisa dan lelain lagi...
semalam kebetulan ada perubatan,org jauh yg berhajatkan kesembuhan dgn perantaraan kita...
makanya di ikhtiarkan,segala bisa dibadan ditarik keluar,namun ada barang sihir yg perlu ditawarkan atau dimatikan dilaluan keluar masuk rumahnya,namun sebab rmhnya jauh,makanya tok bekalkan air jampi dan beberapa bahan rahsianya untk pesakit sendiri renjiskan dilaluan keluar masuk rumahnya,lalu nak dijadikan cerita,sedang merenjis tiba tiba pada satu sudut,dia merasa lemah dan bulu romanya mulai berdiri,namun digagahi jiga untk merenjis kawasan tu,sehingga secara tiba tiba muncul seekor lipan merah menyala sejengkal panjangnya dgn laju cuba menerpa kakinya,cuba dipukul guna tongkatnya,namun tak berjaya,lalu direnjis dgn air pagaran pemusnah sihir yg dibuat tadinya tu,terus lipan tu jadi perlahan pergerakannya lalu isteri sisakit mencapai tongkat suaminya dan dgn lafaz Allah hu akbar lipan tu berjaya dibunuh...aamiin

KENAPA BANYAK YANG BERZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN???Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam ...
06/07/2019

KENAPA BANYAK YANG BERZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN???

Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, bukankah zikir bisa membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?"

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justru malah semakin dekat dengan syaitan atau kesyetanan ?”, lanjut Sang Murid.

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab :.

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?”

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir", jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.

Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Irihati
3. Dengki
4. Syirik
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riya
7. Merasa sholeh
8. Merasa Suci
9. Ghibah
10. Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

Semoga manfaat...

Bismillah...malam ni just santai2 story...bab perubatan memang tak putus le,senja tadipun handle kerasukan ifrit degil y...
02/07/2019

Bismillah...malam ni just santai2 story...bab perubatan memang tak putus le,senja tadipun handle kerasukan ifrit degil yg disuruh menunggu dlm jasad mangsanya oleh tuannya..mungkin bahana sakit hati,cemburu dan dendam sesama sedulur seagama je,almaklumlah orang kita ni tak boleh tengok org lain lebih sikit...

Apapun bukan bab perubatan tu yg tok nak story malam ni,melainkan ni bab conection antara guru dgn murid jua adanya...
Kisahnya berlaku saat perjumpaan jemaah kecil tok ni,dijadikan cerita adalah buat perjumpaan sikit sempena hujung2 syawal ni tadi,sambil berhari raya le katakan...
Namun,ianya bukanlah berlaku pada jemaah yg hadir,tapi...pada jemaah yg tak dpt hadir malam tu...

Jemaah ni asalnya bekas pesakit yg tok rawat jua,alhamdulillah setelah lebih kurang setahun rawatan akibat sihir hingga lumpuh separuh badan,akhirnya pulih sepenuhnya dan rasukan2 yg berlaku jua akhirnya dapat dijauhkan sepenuhnya...
Lalu,akhirnya beliau suami isteri mengambil keputusan untk join jemaah kecil tok ni...
Dan dijadikan cerita,mereka ni sangat konsisten dlm beramal,always on time le omputih tu kata,hehe...

Dan saat openhouse jemaah mereka tak dpt nak hadir sebab lupa tarikhnya sebenarnya,so...malam tu mereka col je tok sbb ada sesuatu yg telah berlaku dirumahnya,kes gangguan baru yg berlaku dlm rumah...namun seperti yg tok katakan tadi,mereka amat tertib dlm beramal,jadi Allahswt beri isterinya kelebihan agar boleh tau sedikit sebanyak bab perubatan juga bab mistik lainnya...(namun tok belum benarkan mereka untk merawat sbb risau isterinya kerasukan lagi macam time dia sakit dulu...)
Malam tu mereka col tok sbb mereka diberitahu yg mereka akan kenal orang yg menghantar gangguan berupa makhluk harimau dan jin hitam tu,kata sipembawa berita tu,orangnya akan dtg mintak ubat sbb badannya sakit2 setelah tok ajarkan cara nak p**ang balik apa yg dihantar tu...
Lalu ianya benar2 terjadi,bahkan yg mengejutkan adalah,orangnya bukan orang lain pada mereka...

Oklah,tutup cerita bab tu...
Kita story apa jadi pd mereka saat jemaah berkumpul dirumah arrohmah,tempat openhouse dibuat...
Mereka dtg jumpa tok keesokan harinya sbb nakkan kepastian tentang apa yg berlaku sebenarnya...
Ceritanya berlaku bilamana lepas drpd mereka col tok malam perjumpaan tu,mereka suami isteri bersembang le bab perjumpaan tu,sbb rasa terkilan tak dapat join...lalu sembang punya sembang katanya,terlafaz le kata dimulut isterinya,katanya..."bang,kalau kita ingatpun,agaknya kita tak dpt nak pergi juga,sbb adik tok tu kalau dgn kita senyap je,macam sombong je,kan bang?"...
Lalu selesai je dia bicara begitu,tetiba dia rasakan ada kehadiran...
Ada yg memberi salam dari dlm dirinya sendiri...

"Assalamualaikum...Assalamualaikum...
Dua kali salam dihulurkan barulah dia berani menjawap,
"Waalaikumussalam..."
sambil tu dia bertanya...
"kamu siapa?"
Lalu yg didalam dirinya tu menjawap...
"Alah,kalian kenal siapa aku..."
"Aku yg kalian dah anggap macam anak sendiri tu..."
Lalu terkejutlah dia,lalu bertanya kembali...
"Tok ke?"
Lalu suara tu menjawab...
"iya,tapi aku Raden Ahmad..."
Kehadiran ku untk membetulkan apa yg kalian bersangka sangkaan pada adikku tadi...semua tu tak benar,perwatakannya memang begitu...bercakap bila perlu,hadirlah perjumpaan andai nak kenal sikapnya yg sebenarnya...orangnya baik dan beradab...seharusnya kalian jua selaku jemaah janganlah ada sikap saling irihati dan syak wasangka sesama yg lainnya,kerana tiap bahagian ahli jemaah takkan pernah sama,semuanya atas tertib dan istiqomahnya mereka dlm beramal..."
Kehadiranku sekadar menegur jua...kerana tasauf itu mengajar kita semua bab adab sebenarnya...aamiin"

Selesai teguran disampaikan,terus suara tu hilang...
Sebab itulah mereka dtg untk mengesahkan,apakah benar Raden Ahmad yg datang menegur atau ada yg lainnya?

Allah hu akbar...
Sebenarnya tok sendiri jadi kelu nak menjawab,sebab saat perjumpaan tu memang tok ada menasihati beberapa orang jemaah yg seolah irihati dgn pencapaian ahli jemaah lainnya...

Cuma tak sangka teguran tu malah sampai pada jemaah yg tak dpt hadirkan diri,namun merasa sepertimana yg sesetengah jemaah rasa sampaikan teguran tok sampai pada mereka sekali...

Apapun,Maha Suci Allah yg memegang segala rahasia dilangit dan dibumiNya...moga pengkisahan ini jadi tauladan dlm kita menuntut ilmu dan beramal,agar tiada irihati dan hasad dengki juga syak wasangka antara sesama saudara seagamanya,kerana sesungguhnya HATI itulah yg wajib dijaga...kerana kalau hitam ia,maka rosaklah sifat dan sikap jasadnya..kalau putih ia,maka baiklah cerminannya...aamiin

Address

Teluk Intan
36000

Telephone

+601118797536

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perguruan Laksamana Sunan-Pls posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share