30/01/2018
PASANG AIRCOND TAPI HUJUNG BULAN SELALU BAYAR BIL ELEKTRIK TINGGI π£π£
Dalam keadaan kos sekarang macam-macam nak kena bayar setiap bulan,bil air bil telefon,beli barang dapur,belanja anak-anak sekolah.Dah la dalam rumah ada aircond setiap hari pasang,cukup hujung bulan sampai bil elektrik melambung tinggi.Janga risau masalah anda boleh diselesaikan.
Dengan teknlogi inverter sekarang ni masalah ni dapat diatasi dengan syarat.Sebenarnya, apakah itu inverter? Bagaimana teknologi inverter dikatakan boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik?Ok biar saya terangkan pada anda
Sebagai contoh, katakan kita menghidupkan alat pendingin hawa dengan menetapkan suhu 24 darjah celcius (24 oC). Bagi pendingin hawa tanpa inverter apabila ia dihidupkan, motor elektrik akan beroperasi pada kelajuan maksimum bagi mencapai suhu tersebut. Apabila suhu 24 oC tercapai, motor tersebut akan berhenti.
Namun, apabila keadaan bilik kembali panas, iaitu suhu melebihi 24oC, maka motor elektrik itu akan aktif semula dan terus 'bekerja' untuk menurunkan suhu kembali kepada 24 oC. Keadaan ini berterusan sehinggalah suis penghawa dingin dimatikan.
Motor yang 'bekerja' secara 'on off' ini mengakibatkan penggunaan tenaga kuasa yang tinggi pada setiap kali ia mula memulakan 'kerja'. Kajian menunjukkan bahawa motor elektrik akan menggunakan arus sebanyak hampir 7 kali ganda lebih tinggi daripada biasa semasa memulakan operasinya.
Bagi alat elektrik dengan teknologi inverter, motor elektriknya akan sentiasa 'bekerja' daripada mula suis dihidupkan sehinggalah pada ketika suis dimatikan. Kelajuan motor dapat dikawal dan disesuai dengan suhu yang ditetapkan tanpa ada fungsi 'on off'.
Keadaan yang berterusan ini menyebabkan motor tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak ketika beroperasi. Pengurangan penggunaan kuasa bagi permulaan operasi juga dapat dikurangkan. Penggunaan tenaga yang kurang bermaksud bil elektrik menjadi lebih murah.
Anda jelas dengan penerangan kami?Berminat medapatkan khimat kami boleh hubungi di no 016-7667302 atau whatsap 0133719228 (En Azwan)
Syarikat kami merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah lembaga pembangunan industri pembinaan malaysia (CIDB) yang berpengalaman luas didalam bidang penyaman udara.