Qurb4n.com

Qurb4n.com Ibadah qurban tanpa sempadan

IBADAH KORBAN“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa.”Kebiasaannya menjadi tuntutan kepada ...
10/06/2024

IBADAH KORBAN

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa.”
Kebiasaannya menjadi tuntutan kepada umat Islam pada setiap tanggal 10 zulhijjah meraikan Aidil Adha sekali gus menyempurnakan ibadah korban sesuai sunnah Nabi Ibrahim AS.

Umumnya definisi ibadah korban ialah (udhhiyyah) iaitu Binatang ternakan yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Hari Raya haji dan tiga hari Tasyri‘.

Allah SWT memerintahkan ibadah korban seperti mana firmanNya dalam surah al-Kauthar: 2 yang bermaksud:

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.

Fokus utama ibadah korban adalah untuk melihat sejauhmana keikhlasan dan ketakwaan kita sebagai seorang hamba, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”. (Surah al-Hajj: 37)

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, mafhumnya:

“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Sejarah Ibadah korban yang pertama telah dirakam oleh Allah SWT dalam as-saaffat ayat 102 yang bermaksud:

(Ibrahim berkata) wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu, maka telitikanlah apa pandangan kamu. (Ismail berkata) wahai bapaku, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Nescaya kamu akan mendapati bahawa aku ini – Insha Allah – tergolong dari kalangan mereka yang sabar

(Surah as-Saffat: 102).

Antara fadhilat ibadah korban menurut Rasulullah SAW ialah menambah amal kebajikan, sesuai dengan sabda baginda:

“Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Dalam hadis yang lain ibadah korban boleh menjadi penebus dosa, Nabi SAW bersabda kepada putrinya Saidatina Fatimah RA, mafhumnya:

“Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”.

(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Malah Rasulullah SAW juga menggalakkan kita untuk melakukan ibadah korban bagi mendapatkan tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Nabi SAW, mafhumnya:

“Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani)

Di samping itu, Allah SWT juga sangat menyukai amal ibadah korban, dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa besar fadhilat ibadah korban di sisi Allah SWT.
Namun terdapat juga peringatan yang Allah berikan kepada mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban tetapi mereka tidak memilih untuk melakukannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi SAW: Maksudnya:

“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berkorban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami

Dalil-dalil di atas merupakan hujah kepada pensyariatan serta tuntutan Allah SWT untuk melakukan ibadah korban.

Namun dalam keadaan ramai umat Islam meraikan ibadah korban ini, ternyata ada segelintir pemikiran yang menganggap perbuatan mengorbankan haiwan termasuk dalam kategori tidak bermoral.

Malah mimpi Nabi Ibrahim AS berkenaan perintah untuk menyembelih anaknya Ismail AS dianggap sebagai mimpi yang bukan dari Allah SWT, tidak mungkin Allah mengeluarkan arahan kepada Nabi Ibrahim supaya membunuh anak sendiri.

Yang mengarahkan kejahatan hanyalah syaitan. Itulah beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Siti Kassim di Facebook beliau pada 1 dan 10 september 2017 yang lalu.

Seharusnya sebagai seorang muslim kita menuntut ilmu dengan kaedah dan thuruq yang betul, bukannya dengan mentafsirkan ayat al-Quran dan hadis mengikut hawa nafsu sendiri.

Oleh itu, sebelum kita mengeluarkan apa kenyataan berkaitan dengan bidang yang luar dari kepakaran kita, maka rujuklah orang yang pakar dalam bidang tersebut, sebagai contoh sekiranya kereta kita rosak, maka seharusnya kita merujuk kepada mechanic kereta bukannya kepada pegawai perubatan. Justeru Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui”

(Surah an-Nahl: 43).

Kesimp**annya, setiap amal ibadah yang disyariatkan Allah SWT kepada hambanya adalah suatu perintah untuk menilai sejauh mana ketaatan dan kepatuhan kita sebagai seorang hamba.

Nabi Ibrahim AS memilih ketaatan dan kepatuhan kepada Allah berbanding cinta seorang ayah kepada seorang anak, maka peristiwa itu menjadi saksi kepada hebatnya pengorbanan dari ayah dan anak yang taat kepada perintah Allah SWT.

Siapa sangka ibadah korban itu menjadi indikator untuk Allah mengukur nilai ketaatan hambanya.
Justeru itu, tunaikanlah segala perintah Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan sepenuhnya keredhaan dari Allah SWT.

Pengurusan ibadah qurban secara lebih mudah melalui sistem online,dari Malaysia ke negara Muslim yang memerlukan

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan." - [HR. Ahmad dan Ibnu Majah].w...
06/06/2024

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan." - [HR. Ahmad dan Ibnu Majah].

www.qurb4n.com

Kerjasama strategik untuk kemudahan ibadah qurban anda..
05/06/2024

Kerjasama strategik untuk kemudahan ibadah qurban anda..

Satu kerjasama strategik untuk kemudahan ibadah qurban anda..
05/06/2024

Satu kerjasama strategik untuk kemudahan ibadah qurban anda..

02/06/2024

Hubungi kami untuk urusan qurban anda di:- www.qurb4n.com

Ibadah qurban anda diurus dengan tertib melalui sistem online kamiwww.qurb4n.com
02/06/2024

Ibadah qurban anda diurus dengan tertib melalui sistem online kami
www.qurb4n.com

25/05/2024

Kenapa perlu buat korban setiap tahun?

"Kenapa perlu buat korban setiap tahun? Tahun lepas dah buat lah, perlu buat lagi kah tahun ni?"

Pertanyaan macam ni memang kerap timbul.

Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini, saya kupaskan di sini supaya kita semua jelas tentang ibadah korban yang cukup istimewa ini.

Kalau kita baca sejarah, ayat terakhir Al-Quran yang menyatakan kesempurnaan agama Islam turun pada Hari Arafah, iaitu sehari sebelum Hari Raya Haji.

Ketika itu Allah SWT berfirman,
"Hari ini aku sempurnakan bagi kamu agama kamu" QS. Al-Ma'idah Ayat 3

Apakah maknanya?

Ayat ini menandakan kesempurnaan Islam sebagai agama yang cukup sempurna.

Seperti mana ulang tahun kelahiran kita sendiri, Hari Raya Haji ni adalah peringatan terhadap kesempurnaan Islam.

Sebagai contoh sekiranya hari lahir kita adalah 1 Mei, maka pada hari itulah sempurnah usia kita. Apa yang kita buat pada hari lahir kita? Kita buat rumah terbuka, jemput orang makan di rumah.

Sama juga Islam, ia sempurna pada hari raya Qurban, Allah jemput kita ke rumah-Nya di Kaabah semasa Hari Raya Haji.

Biarpun umat Islam boleh ke Kaabah pada bila-bila masa, Hari Raya Haji tu seolah-olah rumah terbuka yang istimewa.

Kalau tak dapat hadir sendiri, korbanlah caranya sebagai penghargaan dan syukur kita kepada Allah SWT.

Dalam Surah Al-Kauthar ayat 2, Allah SWT perintahkan, "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda bersyukur)."

Korban inilah sebagai simbol syukur kita kepada Allah. Lebih manis lagi, daging korban tu memberi manfaat kepada masyarakat dengan disumbangkan kepada yang memerlukan.

Ia bukan sekadar ibadah, tetapi juga cara menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.

Sama seperti beri hadiah ulang tahun kepada pasangan, korban pun perlu dibuat setiap tahun sebagai tanda penghargaan.

Alangkah pemurahnya Tuhan kita, Allah SWT telah tetapkan empat hari untuk melaksanakan korban itu. Kalau terlepas hari pertama, ada lagi hari kedua, ketiga, dan keempat.

Namun, kalau dilakukan di luar empat hari tersebut, ia tak lagi dianggap ibadah korban, tapi sekadar sedekah.

Sama juga seperti kita memberikan hadiah kepada pasangan di hari lahirnya, sekiranya ia diberikan pada tarikh kelahirannya, ia lebih bermakna.

Bayangkan kalau kita berikan hadiah kepada pasangan selepas hari kelahirannya. Lain p**a jadinya bukan?

Begitulah konsep Korban ini, ia adalah ibadah yang tak boleh ditangguh-tangguh atau diganti. Tak macam ibadah lain yang boleh diqada. Korban ni kita kena buat pada hari-hari tertentu sahaja.

Ia adalah simbol syukur, pengabdian, dan peringatan terhadap kesempurnaan agama Islam.

Oleh itu, setiap tahun, marilah kita laksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur kita keatas nikmat yang Allah SWT kurniakan. Korbanlah bukti cinta kita kepada-Nya, simbol kesempurnaan agama, dan cara kita memberi kembali kepada mereka yang memerlukan.

Oleh: Ahmad, CEO EZ Qurban.
www.qurb4n.com

Address

Jalan Semantan
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qurb4n.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Qurb4n.com:

Share