27/09/2020
FAHAMI KONSEP KALORI UNTUK KURUS!
Gais, hari ini saya nak share sikit satu 'rahsia' penting dalam pengurusan berat badan.
Sejak sekian lama, kita sering didedahkan dengan pelbagai jenis 'superfood' atau suplemen yang menjanjikan kesan pembakaran lemak dan seterusnya membantu pengamalnya untuk kurus.
Saya juga tak kurang sering menerima pertanyaan seperti "makan ni, boleh kurus tak? makan tu, menggemukkan tak?". Namun jawapan saya kepada mereka sentiasa konsisten. Nak kurus, kena kawal kalori. Titik.
Senang cerita, Konsep Kalori ni kena datang dahulu. Mendahului yang lain. Lepas dah jaga kalori, baru masuk bab jenis-jenis makanan (makronutrien, antioksidan, dll).
Untuk mengawal pengambilan kalori sebenarnya tak susah. Ini saya nak kongsi satu cara bagaimana kita nak mudah ingat dan faham bagaimana konsep pengurusan kalori ini berfungsi. Tipnya mudah je, kita kena anggap ia seperti menguruskan akaun bank.
Macam ni. Setiap bulan kita akan dapat gaji yang didepositkan dalam bank kita. Gaji ini p**a akan digunakan untuk 'bayar' beberapa perkara penting seperti sewa rumah, bil-bil, dan belanja dapur.
Cukup bulan, bila ada baki lebihan di hujung bulan, baru kita boleh SIMPAN dalam ASB atau sebagai EMAS. Kalau baki akhir tak cukup, berkemungkinan besar kita kena KELUAR kan simpanan kita dari ASB atau perlu jual simpanan EMAS kita.
Dalam kes 'Akaun Kalori', situasinya juga tak kurang beza. Kalori yang masuk daripada makanan yang kita ambil ini ibarat seperti gaji kita. Ia digunakan untuk membayar kerja harian yang kita lakukan seperti bergerak, angkat barang, memasak, bernafas, degupan jantung, dan pelbagai lagi.
Cukup bulan, bila ada baki lebihan di hujung hari, baru kita boleh SIMPAN sebagai LEMAK. Kalau baki akhir tak cukup, berkemungkinan besar kita kena KELUAR kan simpanan kita (yakni kita guna LEMAK kita).
Apabila kita selalu guna simpanan ASB/EMAS kita, lama kelamaan simpanan kita akan menyusut. Kita akan jadi miskin. Sama juga kesnya dengan LEMAK kita. Apabila kalori yang masuk asyik kurang dari kalori yang kita guna (belanja), simpanan LEMAK dalam badan juga akan makin menyusut. Kita yang asalnya kaya (gemuk) akan jadi miskin (kurus)!
Persoalannya sekarang, susah ke nak jaga akaun kalori kita ni? Jawapannya, tak susah pun. Cuma kita kena perlu ada ilmu. Ilmu berkenaan KONSEP KALORI, ilmu berkenaan nilai kalori dalam makanan dan saiz hidangan yang berkenaan, serta tip-tip 'kewangan' berkaitan pengurusan akaun kalori.
Dan akhir sekali, semestinya DISIPLIN adalah komponen yang paling penting. Kita kena DISIPLIN untuk MEMBOROS kalau kita nak KURUS!
Pada sesiapa yang nak belajar berkenaan konsep kalori ini, saya syorkan anda dapatkan pakej Diari Diet Special Edition (SE). Menerusi pakej ini, korang boleh join 5x Kelas Kalori (Diet) secara online dan dapat satu "Buku Teks" juga (Nota dan Planner Diet untuk 6 bulan).
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh cek link ni ya:
https://sususejat.onpay.my/order/form/diaridiet-se