Abdul Ghani Mat-Adiguru Kraf Blok Batik

Abdul Ghani Mat-Adiguru Kraf Blok Batik Usahawan Kraf ; Pembuat Blok Batik di Kelantan

Demonstrasi dan lawatan YB Menteri Dato Seri Nancy Haji Shukri ke Ayu Fashion 230 Oktober 2021Kampung Talak , Chabang Em...
30/10/2021

Demonstrasi dan lawatan YB Menteri Dato Seri Nancy Haji Shukri ke Ayu Fashion 2
30 Oktober 2021
Kampung Talak , Chabang Empat , Tumpat.

Demonstrasi dan lawatan YB Menteri Dato Seri Nancy Haji Shukri ke Ayu Fashion 30 Oktober 2021Kampung Talak , Chabang Emp...
30/10/2021

Demonstrasi dan lawatan YB Menteri Dato Seri Nancy Haji Shukri ke Ayu Fashion
30 Oktober 2021
Kampung Talak , Chabang Empat , Tumpat.

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan trad...
14/08/2020

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.

Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai ‘terap hitam’.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.

Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.

Demonstrasi Pembuatan Blok Batik hari ini di Ayu Fashion , Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat sempena Lawatan Delegasi I...
24/10/2019

Demonstrasi Pembuatan Blok Batik hari ini di Ayu Fashion , Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat sempena Lawatan Delegasi Isteri Ketua Polis Negara.

Proses kerja yang memerlukan ketelitian dan fokus
03/08/2018

Proses kerja yang memerlukan ketelitian dan fokus

Turun sama menjayakan demonstrasi pembuatan blok batik sempena lawatan Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya , ...
02/08/2018

Turun sama menjayakan demonstrasi pembuatan blok batik sempena lawatan Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya , YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik ke Bengkel Ayu Fashion. Terima kasih YB 👍

Antara hasil karya Blok Batik yang dihasilkan oleh En. Abdul Ghani Bin Mat. Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi ...
02/08/2018

Antara hasil karya Blok Batik yang dihasilkan oleh En. Abdul Ghani Bin Mat. Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 014-5276544. Terima kasih.

Keindahan seni kraf blok batik. Antara blok dan batik , instrumen yang menghasilkan keindahan dan keterampilan si pemaka...
02/08/2018

Keindahan seni kraf blok batik. Antara blok dan batik , instrumen yang menghasilkan keindahan dan keterampilan si pemakai batik

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 19/12/201138 pakar kraf Adiguru dilantik sejak 1987KOTA BHARU 18 Dis. - Seramai 38 tukang kraf d...
02/08/2018

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 19/12/2011
38 pakar kraf Adiguru dilantik sejak 1987
KOTA BHARU 18 Dis. - Seramai 38 tukang kraf daripada pelbagai bidang telah dilantik sebagai 'Adiguru' semenjak 'Skim Adiguru Kraf' diperkenalkan oleh kerajaan pada 1987 dalam usaha memelihara dan mengembangkan seni kemahiran serta pertukangan kraf tradisional negara.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, setiap Adiguru Kraf yang dilantik untuk tempoh lima tahun akan menerima wang ganjaran sebanyak RM2,000 sebagai saguhati dan bayaran elaun bulanan sebanyak RM500.

Beliau berkata, sepanjang tempoh lantikan itu juga, seorang Adiguru Kraf layak menerima kemudahan perubatan kelas pertama di mana-mana hospital kerajaan.

"Bagi mencapai objektif Skim Adiguru Kraf, beberapa pengisian program dan aktiviti telah direncanakan, antaranya penyelidikan, dokumentasi, penerbitan dan pameran mengenai seni kemahiran pertukangan seseorang Adiguru Kraf," katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada majlis menandatangani dan penyerahan watikah Adiguru Kraf 2011 kepada tiga tukang kraf iaitu tukang logam perak, Mohamed @ Mohd. Daud Yusof; tukang blok batik, Md. Ghani Mat dan tukang ukiran halus, Norhaiza Nordin di Dewan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan di sini.

Turut hadir, Pengarah Kraftangan Negeri Kelantan, Mohd. Razis Md. Said dan Pengarah Kraftangan Terengganu, Khairul Hafizi Naharuddin.

Mohd. Kamil berkata, pada tahun ini, Kraftangan Malaysia telah melantik empat orang Adiguru dalam empat bidang kraf iaitu anyaman rotan, pertukangan blok batik, perak dan ukiran halus.

"Buat julung-julung kalinya pelantikan Adiguru Kraf akan dipantau dan dinilai melalui kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agar ia memberi manfaat dan impak lebih berkesan dalam pembangunan industri kraf negara," katanya.

Beliau berkata, khidmat seorang Adiguru Kraf akan dipraktikkan sebagai pakar rujuk, pembimbing serta tenaga pengajar kepada Kraftangan Malaysia dalam menurunkan ilmu, pengalaman dan kepakaran untuk kumpulan pelapis melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Gelaran Adiguru dianugerahkan kepada usahawan kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan besar dalam membangun serta mengembangkan seni kraf negara.

Penghormatan dan pengiktirafan oleh kerajaan itu merupakan anugerah tertinggi kepada seseorang tokoh kraf.

Address

Kampung Chenderong Batu
Tumpat
16250

Telephone

014-5276544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abdul Ghani Mat-Adiguru Kraf Blok Batik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share