Safety Point Resources

Safety Point Resources We as consultant for SPAD ICOP and JKKP Transportation Safety Compliance. Our training program claimable under Human Resources Development Fund (HRDF).

Safety Point Resources provide Motor Vehicular Training and Consultancy throughout Malaysia. We aim to provide professional drivers training which is benchmarked on International Standards and Industry Best Practise. Safety Point Resources specializes in consultancy, developing and delivering training solutions. Our team also provide an internal auditors for ISO 39001 that helps to promote the co

mpany and improve employee productivity while reducing clients' operating cost aligned with Malaysian Road Safety Standard such as ICOP,SPAD and others related agencies. Our commitment is to reduce the number of accident in workplace and road. Safety Point Resources also working together with SMS Motorsport and Driving as a business partner. http://smsmotorsportdriving.blogspot.my/

https://www.facebook.com/groups/360999873990953/

Yesterday xtvt..Heavy Vehicle Defensive Driving Training Program.
19/01/2026

Yesterday xtvt..Heavy Vehicle Defensive Driving Training Program.

30/12/2025

*Bila Ego Menguasai Jalan Raya: Teguran Keras untuk Pengguna Jalan di Malaysia*
_By Amarjeet Singh @ AJ_

Beberapa hari kebelakangan ini, kita melihat wajah sebenar sebahagian pengguna jalan raya di *Malaysia*
*kasar, bodoh sombong, pentingkan diri, dan gagal berfikir.*

Video tular bersepah.
Jeritan, makian, emosi melampau.
Tetapi satu soalan mudah langsung tidak ditanya:

*Siapa sebenarnya punca masalah?*

Mari kita hentikan drama dan bercakap *berdasarkan fakta, bukan emosi murahan*.

1. Garisan *bukan* untuk parkir — tetapi kamu parkir juga

Garisan kuning bukan hiasan.
Ia wujud untuk *keselamatan, aliran trafik, dan pandangan jelas*.

Kamu parkir secara haram.
Lepas itu kamu marah bila jalan sesak.

Itu bukan dizalimi.
Itu *akibat kebodohan sendiri*.

2. *Parkir lori dipenuhi kereta* — kemudian salahkan lori

Tempat parkir lori disediakan untuk *kenderaan berat*.
Tetapi kereta ambil alih sebab “nak cepat” dan “tak lama”.

Kesannya:
* simpang tersumbat
* laluan sempit
* lori tersekat
* pemandu lain hilang sabar

Keselesaan seorang mencetuskan kekacauan ramai.

3. *Lori perlukan ruang pusingan besar* — ini *hukum fizik*, bukan kurang ajar

Lori *tidak boleh membelok seperti motor atau kereta kecil*.
Ini bukan soal ego pemandu lori.
Ini soal *saiz, berat, sudut pusingan dan keselamatan*.

Apabila kamu:
* parkir haram
* double parking
* sempitkan jalan ses**a hati

kamu *menghapuskan ruang wajib* untuk lori membelok.

Lepas itu kamu menjerit:
> “Kenapa lori block jalan?!”

Jalan sudah lama disekat — *oleh kamu*.

*4. Kenapa cepat naik angin?*
Kenapa s**a maki?
Kenapa rakam video sambil menyalak?

Sebab:
* Ego lebih kuat daripada otak
* Emosi lebih mudah daripada tanggungjawab
* Menyalahkan orang lain lebih senang daripada mengaku salah

Ini bukan keberanian.
Ini *kemiskinan akal*.

*5. Tamak lawan fakta*
Mari kita jujur:
* *Tamak*: “Aku nak parkir sini sekejap je.”
* *Fakta*: “Tindakan aku menyusahkan ramai orang.”
* *Emosi*: “Kenapa lori lembab?”
* *Realiti*: “Berat berpuluh tan, bukan kereta mainan.”

Bila tamak bertemu kejahilan,
*kebodohan tampil dengan yakin.*

*Penutup yang pahit tapi benar*
Jalan raya tidak salah.
Peraturan tidak salah.
Lori tidak salah.

*Yang salah ialah mentaliti.*

Mentaliti:
* aku dulu
* aku betul
* orang lain bodoh

Sebelum rakam video seterusnya untuk cari sokongan netizen, tanya satu soalan jujur:

*“Apa sumbangan aku kepada masalah ini?”*

Kadang-kadang, pusingan paling s**ar bukan di jalan raya —
*tetapi dalam kepala sendiri.*

Nukilan rasa ..Lihat dari sudut positif Insyaalah banyak perkara boleh diselesaikan..

Kredit to:
Mr. Amarjeet Singh @ AJ.

Sebahagian aktiviti latihan yang dijalankan.. terima kasih atas kepercayaan yang diberikan..Tahun depan kita berkongsi i...
13/12/2025

Sebahagian aktiviti latihan yang dijalankan.. terima kasih atas kepercayaan yang diberikan..Tahun depan kita berkongsi ilmu lagi..

Safe Riding Training
11/05/2025

Safe Riding Training

For reference to all school bus operator.
08/05/2025

For reference to all school bus operator.

📢 MAKLUMAN: PINDAAN HAD USIA MINIMUM MELESENKAN BAS SEKOLAH 🚌
Kementerian Pengangkutan telah meluluskan cadangan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meminda had usia minimum bagi melesenkan kenderaan perkhidmatan awam bagi kelas lesen bas sekolah.
📌 Rujukan: MOT.BD(S).600-2/21/1 JLD 5 (33)
📅 Tarikh Kelulusan: 12 Mac 2025
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Day 2 with  4x4 training team.
23/10/2024

Day 2 with 4x4 training team.

Address

Ulu Bernam

Telephone

0164127574

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safety Point Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share