26/07/2016
[SALAH FAHAM MASYARAKAT BERKAITAN DENGAN MENULIS WASIAT]
Secara umumnya menulis wasiat dipandang remeh oleh masyarakat. Ramai yang beranggapan, menulis wasiat hanya sesuai bagi individu yang berharta dan lanjut usia.
Persepsi ini telah banyak menimbulkan masalah yg membawa kesulitan berpanjangan dan tanpa kesudahan kepada waris-waris yang ditinggalkan. Ya, memang benar waris telah ditetapkan dalam Islam dan samaada berwasiat atau tidak, aset orang Islam tetap akan diagihkan kpd waris-waris mengikut Faraid. Jadi dimana kepentingannya menulis wasiat?
Di dalam penulisan wasiat yg umum terdapat beberapa arahan daripada penulis wasiat kpd wasi dan pemegang amanah utk melaksanakan hasratnya iaitu:
√ Menggunakan harta pusaka untuk membayar semua hutang piutang yg wajib terhadap Allah SWT termasuk zakat, kafarah, fidyah dan haji yang belum ditunaikan.
√ Menggunakan harta pusaka untuk membayar segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian, hutang sesama manusia, gadaian berhubung harta tak alih, apa jua hutang lain termasuk segala kos pentadbiran harta pusaka.
√ Menggunakan harta pusaka bagi mengutip atau menyelesaikan segala kos dan perbelanjaan bagi pengurusan harta pusaka sama ada kpd Wasi dan Pemegang Amanah ataupun kpd pihak-pihak lain yg berhak sebelum pembahagian harta pusaka kpd waris-waris dilaksanakan.
√ Mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah untuk memegang dan mengurus secara jujur dan amanah segala harta yg menjadi hak waris-waris di bawah umur sehingga mereka mencapai umur dewasa dan layak utk menguruskan harta.
√ Pesanan-pesanan lain kepada waris-waris.
SUDAHKAN ANDA MENULIS WASIAT? Biar kami di CELIK RANCANG CONSULTANCY membantu anda, Insya Allah.