Sang Adiwira Pest Control

Directions Website

Sang Adiwira Pest Control We provide pest control & disinfection services to residential & commercial properties! (JM0897470-M)

Javan Myna is a biological control agent for cockroaches ๐Ÿชณ๐Ÿชณ๐Ÿชณ! Photo credit to : Boon Tong Teo
14/09/2026

Javan Myna is a biological control agent for cockroaches ๐Ÿชณ๐Ÿชณ๐Ÿชณ!

Photo credit to :
Boon Tong Teo

๐ŸฆŸDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepa...
06/09/2026

๐ŸฆŸDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

๐Ÿ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.



Sumber:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Omg ๐Ÿ˜ฑ ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜“...๐Ÿชณ   Sumber: JB TRACER II : Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report 2
31/08/2026

Omg ๐Ÿ˜ฑ ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜“...๐Ÿชณ




Sumber:
JB TRACER II : Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report 2

20/08/2026

ADUAN BERULANG DALAM TEMPOH 3 BULAN โ€” KALI INI PREMIS DIARAH TUTUP!

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memandang serius aduan berulang melibatkan tahap kebersihan premis makanan, khususnya apabila ketidakpatuhan masih berlaku walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil sebelum ini.

Premis ini pernah diperiksa susulan aduan pertama pada Mei lalu, dan hasil pemeriksaan ketika itu telah membawa kepada pengeluaran kompaun berjumlah RM2,500. Namun, aduan berkaitan premis yang sama diterima semula dalam tempoh tiga (3) bulan.

HASIL PEMERIKSAAN TERKINI
Pemeriksaan mendapati keadaan keseluruhan premis masih kurang memuaskan, dengan markah kebersihan sebanyak 69% (Gred C).
Antara ketidakpatuhan yang ditemukan:
๐Ÿชณ Urungan lipas dikesan di setiap gerai (stall), sama ada di dalam mahupun di luar premis;
๐Ÿ”ด Kesemua pekerja gagal mempamerkan bukti suntikan anti-tifoid dan sijil pengendali makanan;
๐Ÿ”ด Makanan di dalam peti ais tidak disusun dengan teratur serta dibiarkan tanpa penutup;
๐Ÿ”ด Pekerja tidak memakai topi, apron dan kasut yang bersesuaian ketika mengendalikan makanan;
๐Ÿ”ด Exhaust hood mempunyai kesan minyak dan kotoran hitam;
๐Ÿ”ด Tong sampah tidak bertutup;
๐Ÿ”ด Lantai berada dalam keadaan licin dan berminyak; dan
๐Ÿ”ด Kipas serta dinding berhabuk dan dipenuhi sawang.

KOMPAUN SUDAH DIKELUARKAN, ADUAN MASIH BERULANG โ€” TINDAKAN PENUTUPAN DIAMBIL
Susulan hasil pemeriksaan terkini, MBJB telah mengeluarkan Perintah Penutupan Premis Makanan di bawah Undang-Undang Kecil 49(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016.

Semua kerja pembersihan dan pembaikan WAJIB diselesaikan sepenuhnya sebelum pemeriksaan semula dijalankan.
Kegagalan mematuhi arahan yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil, termasuk pembatalan lesen perniagaan MBJB.

ADUAN BERULANG, TINDAKAN DIPERTINGKAT
MBJB ingin mengingatkan semua pengusaha premis makanan bahawa tindakan penguatkuasaan bukan sekadar untuk menghukum, tetapi bagi memastikan kebersihan premis, keselamatan makanan dan kesihatan pengguna sentiasa terpelihara.
Peluang untuk melakukan penambahbaikan telah diberikan. Sekiranya ketidakpatuhan masih berulang, tindakan lebih tegas akan diambil mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.

KEBERSIHAN BUKAN BERMUSIM.
KESELAMATAN MAKANAN BUKAN PILIHAN.

Sumber:
Bandaraya Johor Bahru

19/08/2026

TAHI TIKUS DI DAPUR, SISA MAKANAN KE PARIT AWAM โ€” PREMIS MAKANAN DI TAMAN MOUNT AUSTIN DIARAH TUTUP!

18 Ogos 2026 | TAMAN MOUNT AUSTIN, JOHOR BAHRU

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meneruskan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap premis makanan bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan kesihatan awam sentiasa dipatuhi.

Dalam pemeriksaan kali ini, sebuah premis makanan di Taman Mount Austin didapati berada dalam keadaan kurang memuaskan dengan markah kebersihan hanya 64% (Gred C).

โ— HASIL PEMERIKSAAN
Antara ketidakpatuhan yang dikesan ialah:
๐Ÿ”ด Tahi tikus ditemukan di bahagian dapur, sekali gus menunjukkan tahap kebersihan dan kawalan makhluk perosak yang tidak memuaskan;
๐Ÿ”ด Kesemua pekerja gagal mempamerkan bukti suntikan anti-tifoid dan sijil pengendali makanan;
๐Ÿ”ด Aktiviti mencuci pinggan mangkuk dilakukan di lorong belakang premis;
๐Ÿ”ด Perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan sisa makanan dan air cucian mengalir terus ke parit awam, manakala saluran air di dalam premis p**a hampir tersumbat;
๐Ÿ”ด Peti ais berada dalam keadaan kurang bersih dengan tumpahan sisa makanan, selain bahan makanan tidak disusun dengan baik dan tidak bertutup;
๐Ÿ”ด Lantai dapur basah serta dipenuhi sisa makanan dan sampah yang bertaburan, termasuk di belakang rak dan celahan dinding;
๐Ÿ”ด Tong sampah tidak bertutup dan premis masih menggunakan polisterin; dan
๐Ÿ”ด Botol air/kordial diletakkan bersama di dalam bekas air yang digunakan untuk penyediaan minuman.

โ›” MBJB ARAH PREMIS DITUTUP
Susulan penemuan dan ketidakpatuhan tersebut, MBJB telah mengeluarkan Perintah Penutupan Premis Makanan di bawah Undang-Undang Kecil 49(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBJB) 2016.

โš ๏ธ PENUTUPAN BUKAN SEKADAR AMARAN
Semua kerja pembersihan dan pembaikan WAJIB diselesaikan sepenuhnya sebelum pemeriksaan semula dijalankan.
Kegagalan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil, termasuk pembatalan lesen perniagaan MBJB.

MBJB ingin menegaskan kepada semua pengusaha premis makanan bahawa aspek kebersihan tidak boleh dikompromi. Makanan yang disediakan kepada pelanggan hendaklah dikendalikan dalam persekitaran yang bersih, selamat dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

NAMPAK BERSIH DI HADAPAN, BELUM TENTU BERSIH DI DAPUR.
MBJB akan terus menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi melindungi kesihatan serta keselamatan pengguna di bandar raya Johor Bahru.

Sumber:
Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

NYAMUK TAK PERLUKAN TASIK.SATU PENUTUP BOTOL PUN CUKUP.Petang tadi hujan.Setengah jam kemudian matahari keluar semula. J...
16/08/2026

NYAMUK TAK PERLUKAN TASIK.
SATU PENUTUP BOTOL PUN CUKUP.

Petang tadi hujan.

Setengah jam kemudian matahari keluar semula. Jalan kering. Halaman nampak seperti biasa.

Tapi di belakang pasu bunga, dalam tayar lama, baldi yang terlupa diterbalikkan dan penutup botol yang terbiar, masih ada sedikit air.

Kita lalu di sebelahnya setiap hari.

Kita tak nampak apa-apa yang berbahaya.

Sebab itulah kita tak peduli.


Aedes tidak perlukan longkang besar atau kolam untuk membiak.

Jumlah air yang sangat sedikit pun boleh menjadi tempat pembiakan. WHO pernah melaporkan telur dan larva Aedes mampu hidup dalam takungan air sekecil satu penutup botol.

Nyamuk betina meletakkan telurnya pada dinding bekas berhampiran permukaan air.

Lebih mengejutkan, apabila air kering, telur itu tidak semestinya mati.

Ia boleh bertahan dalam keadaan kering selama berbulan-bulan, menunggu air datang semula.

Hujan berikutnya turun.

Bekas itu terisi.

Telur menetas.

Kitaran bermula lagi.


Tetapi ada satu perkara yang ramai salah faham.

Air bertakung tidak menghasilkan virus denggi.

Denggi berlaku apabila nyamuk Aedes yang membawa virus menggigit manusia.

Seekor Aedes boleh mendapat virus selepas menggigit seseorang yang sedang mempunyai virus denggi dalam darah. Selepas virus membiak di dalam nyamuk tersebut, ia boleh menjangkiti manusia lain melalui gigitan seterusnya.

Sebab itu apabila ada satu kes denggi di kejiranan, ia bukan lagi sekadar cerita seorang pesakit.

Di sekeliling rumah mungkin sudah ada Aedes.

Di rumah sebelah mungkin ada tempat pembiakan.

Di lorong belakang mungkin ada puluhan bekas kecil yang tidak pernah diperiksa.

Dan Aedes biasanya hidup dekat dengan manusia.


Kemudian bila kes mula naik, kita tanya:

โ€œBila nak fogging?โ€

Fogging memang mempunyai peranan dalam kawalan nyamuk dewasa.

Tetapi kalau selepas asap hilang, tayar masih berisi air, dulang pasu masih bertakung, bekas masih terbuka dan sampah masih mampu menadah hujan..

kita sedang menyediakan generasi Aedes yang seterusnya.

Sebab itu pencegahan denggi tidak boleh bergantung kepada fogging sahaja.

WHO menekankan bahawa menghapuskan tempat Aedes bertelur adalah antara langkah utama mengurangkan pop**asi nyamuk dan penularan denggi.


Seminggu sekali, periksa rumah sendiri.

Bukan sekadar longkang.

Lihat bawah pasu.

Periksa dulang peti sejuk dan dispenser air.

Terbalikkan baldi.

Buang bekas yang tidak digunakan.

Pastikan tangki dan bekas tadahan air bertutup.

Periksa tayar, permainan anak, saliran bumbung dan apa sahaja yang boleh menakung air.

Dan jangan sekadar buang air.

Gosok dinding bekas.

Telur Aedes boleh kekal melekat pada permukaan bekas dan bertahan ketika kering. KKM turut menyarankan bekas yang boleh menakung air diperiksa dan dikosongkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Kita selalu membayangkan musuh kesihatan sebagai sesuatu yang besar.

Kadang-kadang tidak.

Kadang-kadang ia cuma sedikit air yang kita biarkan selepas hujan.

Aedes tak perlukan tasik.

Ia cuma perlukan satu bekas yang kita terlupa.

Sumber:
Public Health Malaysia

15/08/2026
15/08/2026

Serious Public Health Issues!

๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐˜€๐—ต๐˜‚๐˜ ๐—ฑ๐—ผ๐˜„๐—ป ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ณ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐˜€, ๐—ฒ๐—ด๐—ด๐˜€ ๐—ณ๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—ถ๐—ป ๐—ณ๐—ผ๐—ผ๐—ฑ

JOHOR BARU: The Johor Baru City Council (MBJB) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ordered an eatery here to close yesterday following a health inspection that uncovered flies in soup, fly eggs on raw chicken, and multiple hygiene violations.

An MBJB spokesman said the council viewed food safety and cleanliness seriously after inspecting the premises, which scored only 65 per cent, or a Grade C, for cleanliness.

He said inspectors found flies in soup and fly eggs on raw chicken, posing a direct contamination risk to consumers.

Several food handlers had not received anti-typhoid vaccinations and lacked food handler certificates, he said.

He said the sink was not fitted with a grease trap, allowing food waste and wash water to flow directly into the public drain. The cooking area was covered in food waste and grease spills.

In the preparation area, food items were stored uncovered, mixed, and exposed to flies. Refrigerator conditions were unsanitary, with spilt food waste and disorganised storage.

Trending :
Heard the News?
DAP Congress
PKR Congress
Kootu
Wong Chen
Tabung Haji RCI
Immigration Dept logo
Malaysia Airlines pilot

Johor eatery shut down after flies, eggs found in food [WATCH]
By Mary Victoria Dass
August 15, 2026 @ 9:08am
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing button

Get breaking news fast โ€” follow us on WhatsApp and Telegram.
Get the quick story here
Summarise for me
โžœ
JOHOR BARU: The Johor Baru City Council (MBJB) ordered an eatery here to close yesterday following a health inspection that uncovered flies in soup, fly eggs on raw chicken, and multiple hygiene violations.

An MBJB spokesman said the council viewed food safety and cleanliness seriously after inspecting the premises, which scored only 65 per cent, or a Grade C, for cleanliness.

He said inspectors found flies in soup and fly eggs on raw chicken, posing a direct contamination risk to consumers.

Several food handlers had not received anti-typhoid vaccinations and lacked food handler certificates, he said.

He said the sink was not fitted with a grease trap, allowing food waste and wash water to flow directly into the public drain. The cooking area was covered in food waste and grease spills.

What To Read Next
In the preparation area, food items were stored uncovered, mixed, and exposed to flies. Refrigerator conditions were unsanitary, with spilt food waste and disorganised storage.

Workers were found operating without proper caps, aprons, or footwear, while wearing accessories during food handling. The eatery was also found using polystyrene containers for food packaging.

The spokesman said the closure order was issued under By-law 49(1) of the MBJB Licensing of Trades, Businesses and Industries By-laws 2016.

He reminded all food establishment operators that hygiene went beyond fulfilling licensing requirements, as it was a fundamental duty to public health and safety.

MBJB will continue conducting routine inspections and enforcement actions to ensure all eateries across Johor Baru strictly comply with established health and hygiene standards, he said.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Datuk Bandar Johor Bahru

Source:
New Straits Times

13/08/2026

Rat ๐Ÿญ taking MRT...

๐—ฃ๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐—ฐ ๐—›๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต ๐—”๐—น๐—ฒ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿšจ๐Ÿ€

The presence of a rat inside an MRT coach is a ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐˜‚๐—ฏ๐—น๐—ถ๐—ฐ ๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต ๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป and should not be taken lightly. ๐Ÿšจ

The relevant authorities, including the of Health and the city council, should take immediate and proactive measures to investigate the incident, strengthen pest-control protocols, and prevent similar occurrences from happening again.

Effective Integrated Pest Management (IPM), regular inspection, sanitation, waste management, and preventive monitoring are essential to protect commuters and maintain public confidence in our public transportation system. ๐Ÿš‡๐Ÿ›ก๏ธ

๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ถ๐˜€ ๐—ฎ๐—น๐˜„๐—ฎ๐˜†๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ฒ.









Video credit to :
xhs/ๅ˜ฟ ่ตฐ่ตท
https://xhslink.cn/o/6kMhzyXbFll

Address

No. 14-02, Jalan Badik 15, Taman Puteri Wangsa
Ulu Tiram
81800

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sang Adiwira Pest Control posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share