LeaSabre Advisory

LeaSabre Advisory Peace of Mind in Every Mile

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt atas kelancaran pengurusan majlis pertunangan untuk anak perempuan klien kami....
12/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt atas kelancaran pengurusan majlis pertunangan untuk anak perempuan klien kami.

Lazimnya Sabri Sudi dan saya mengurus acara makan malam korporat dan majlis-majlis akad nikah eksklusif. Namun kali ini kita raikan majlis tunang orang Sarawak p**a.

Bermula daripada proses mencari lokasi, pelamin, pemilihan menu, penyediaan hantaran, cenderahati, tatarias wajah, pengacara majlis, penyusunan atur cara, jurufoto dan juruvideo sehinggalah pengurusan penuh pada hari majlis; setiap perincian diurus dengan penuh amanah agar keluarga dan yang bakal bertunang dapat nikmati detik istimewa tanpa risau.

Bagi kami setiap majlis bukan sekadar sebuah acara, tetapi sebuah amanah untuk mencipta kenangan yang indah buat semua yang hadir.

Didoa segala urusan menuju hari akad nikah di Sarawak dan majlis resepsi di Kuala Lumpur kelak dipermudahkan, diberkati serta dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan indah ini.

Di sebalik setiap kandungan automotif yang menarik, ada perancangan, strategi dan kreativiti yang konsisten.Alhamdulilla...
10/07/2026

Di sebalik setiap kandungan automotif yang menarik, ada perancangan, strategi dan kreativiti yang konsisten.

Alhamdulillah, semalam berpeluang urus kandungan media sosial bersama Sabri Sudi . Bagi saya, setiap foto, video dan penulisan bukan sekadar untuk dipaparkan, tetapi bertujuan bina kepercayaan, meningkatkan kredibiliti serta menghubungkan jenama dengan audiens yang tepat.

Dalam dunia digital hari ini, kandungan yang berkualiti mampu jadi jambatan antara perniagaan dan pelanggan. Apabila kandungan dihasilkan dengan jelas, konsisten dan bernilai, ia bukan sahaja menarik perhatian malah mampu beri impak kepada perkembangan sesebuah jenama.

Didoa setiap usaha Tuan Suami menjadi asbab kepada rezeki yang baik, beri manfaat kepada lebih ramai orang dan terus buka ruang untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam dunia automotif.

Terima kasih sayang atas kepercayaan yang diberikan. Didoa urusan dipermudahkan dan terus sukses dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi sesi perkongsian. Setiap pertemuan alihan skil saya belajar bahawa ilmu bukan sek...
08/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi sesi perkongsian.

Setiap pertemuan alihan skil saya belajar bahawa ilmu bukan sekadar untuk disampaikan, tetapi juga untuk terus dipelajari. Daripada setiap senyuman, soalan, pandangan dan pengalaman yang dikongsi, pasti ada sesuatu yang boleh saya bawa p**ang sebagai pengajaran.

Kini, sambil menunggu waktu untuk p**ang ke rumah, saya bersyukur atas segala yang Allah izinkan berlaku saat ini.

Didoa setiap langkah, setiap perkongsian dan setiap kebaikan menjadi amal yang bermanfaat.

Alhamdulillah atas hari yang indah. InsyaAllah, kita semua sentiasa diberi kesempatan untuk terus belajar, berbakti dan menjadi manfaat kepada orang lain.

Imej korporat bukan sekadar tentang cara berpakaian sopan atau penampilan yang kemas. Ia gabungan akhlak, nilai, integri...
08/07/2026

Imej korporat bukan sekadar tentang cara berpakaian sopan atau penampilan yang kemas. Ia gabungan akhlak, nilai, integriti dan profesionalisme yang terpancar dalam setiap tutur kata, tindakan dan keputusan yang dilakukan.

Seorang individu di tempat kerja bawa identiti sebagai khalifah dan duta. Oleh itu, imej yang baik bermula dengan hati yang ikhlas, diperkukuh dengan adab mulia dan dizahirkan melalui tingkah laku yang beretika.

Ini antara cirinya saya kongsikan;

Berintegriti.
Sentiasa jujur, amanah dan tepati janji dalam setiap tugasan.

Beradab dalam komunikasi.
Bertutur dengan hikmah, hormati setiap individu serta elakkan kata-kata yang menyakiti hati.

Profesional dalam tugas.
Tepati masa, bertanggungjawab, cekap dan sentiasa usaha berikan yang terbaik sebagai satu bentuk ibadah.

Berpenampilan kemas dan sopan.
Patuhi syariat serta bersesuaian dengan persekitaran profesional kerana penampilan yang baik cerminkan rasa hormat kepada diri sendiri dan orang lain.

Berjiwa ihsan.
Membantu rakan sekerja, hargai pelanggan dan sentiasa sebarkan kebaikan tanpa harapkan pujian.

Kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian kerjaya atau keuntungan organisasi, tetapi juga melalui keberkatan yang lahir daripada kejujuran, keikhlasan dan akhlak yang baik.

Apabila adab didahulukan, ilmu dimanfaatkan dengan bijaksana. Apabila amanah dijaga, kepercayaan akan terbina. Apabila profesionalisme digandingkan dengan nilai-nilai murni, seseorang bukan sahaja jadi pekerja yang cemerlang, malah menjadi insan yang bawa rahmat kepada organisasi dan masyarakat.

Didoa setiap langkah kita menjadi amal soleh yang diterima Allah swt serta menjadi asbab kepada keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kejayaan di dunia serta akhirat.

Alhamdulillah. Di antara jutaan langkah manusia di bumi ni; Allah swt mengizinkan diri duduk dalam majlis ilmu berkenaan...
08/07/2026

Alhamdulillah.

Di antara jutaan langkah manusia di bumi ni; Allah swt mengizinkan diri duduk dalam majlis ilmu berkenaan Mekah dan Madinah.

Di sini Sabri Sudi dan saya belajar bahawa ibadah bukan sekadar gerakan, tetapi hadirnya hati yang tunduk dan jiwa yang sentiasa ingin mendekat kepadaNya.

Setiap ilmu tentang umrah dan haji yang dipelajari begitu berharga kerana ia bimbing kita untuk beribadah dengan lebih faham, lebih ikhlas dan lebih tenang.

Didoa setiap detik menuntut ilmu dan berada di majlis ilmu ini jadi bekalan dunia dan akhirat, menyucikan hati, melapangkan rezeki dan menguatkan langkah untuk terus beramal serta berkongsi kebaikan kepada semua.

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang sentiasa mencintai ilmu, memuliakan adab dan dipanggil berkali-kali sehingga ke akhir hayat kembali ke rumahMu dalam keadaan terbaik.

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Ilmu memuliakan akal, tetapi adab memuliakan insan.Setinggi mana pun ilmu yang dimiliki, tanpa adab, ilmu itu akan hilan...
08/07/2026

Ilmu memuliakan akal, tetapi adab memuliakan insan.

Setinggi mana pun ilmu yang dimiliki, tanpa adab, ilmu itu akan hilang nilainya. Adab tu cerminan hati, cara kita hormati Allah, ibu bapa, guru, keluarga, sahabat dan setiap insan di sekeliling.

Ilmu jadikan seseorang bijak, namun adab jadikan seseorang dihormati. Orang mungkin kagumi kepintaran kita, tetapi mereka akan ingati kelembutan tutur kata, keikhlasan, kerendahan hati, serta cara kita layan orang lain.

Dalam menuntut ilmu, adab seharusnya didahulukan. Apabila adab dipelihara, ilmu jadi berkat, amal jadi ikhlas dan hubungan sesama manusia dipenuhi kasih sayang serta saling menghormati.

Didoa Allah hiasi diri kita dengan akhlak yang mulia, kurniakan ilmu yang bermanfaat, hati yang tawaduk dan jadikan kita insan yang bukan sahaja tinggi ilmunya, bahkan indah adabnya.

Itu kemuliaan sebenar di sisi Allah.

Salam Maal Hijrah 1448H.Didoa kedatangan tahun baharu Hijrah ini bawa sinar keimanan yang lebih teguh, hati yang lebih t...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Didoa kedatangan tahun baharu Hijrah ini bawa sinar keimanan yang lebih teguh, hati yang lebih tenang, rezeki yang lebih berkat, serta kehidupan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Mari kita berhijrah ke arah yang lebih baik dengan perbaiki diri, perkukuhkan ukhwah dan tingkatkan amal soleh. Didoa setiap langkah kita sentiasa dipandu olehNya dan dikurniakan kebahagiaan di dunia serta di akhirat.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perjalanan hati menuju reda Allah.

Salam Aidilfitri daripada kami berdua 💚Berlabuh sudah hari yang penuh keberkatan ini, kami mohon maaf, zahir dan batin a...
23/03/2026

Salam Aidilfitri daripada kami berdua 💚

Berlabuh sudah hari yang penuh keberkatan ini, kami mohon maaf, zahir dan batin atas segala khilaf dan salah.

Didoa Syawal ini bawa kebahagiaan, ketenangan dan eratkan lagi kasih sayang antara kita semua.

InsyaAllah.

Juga didoakan langkah kita diberkati, setiap doa dimakbulkan dan setiap hubungan dipenuhi dengan cinta serta keikhlasan.

Welcome 2026!
04/01/2026

Welcome 2026!

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601156896995

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LeaSabre Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LeaSabre Advisory:

Shortcuts

Share