Hasbullah Othman

Hasbullah Othman Sentiasa beraspiratif, representatif dan sentiasa mengambil maklum situasi negara demi negara tercinta dan rakyatnya.

Tahniah YB Steven Sim Chee KeongAnda memang terbaik dan layak.
22/09/2024

Tahniah YB Steven Sim Chee Keong
Anda memang terbaik dan layak.

Anak Muda Pewaris Negara
14/09/2024

Anak Muda Pewaris Negara

11/09/2024

Jika anda terasa badan selalu letih, berat badan menurun, selalu demam dan batuk/selsema. Sila ke hospital segera sebelum merebak kepada orang lain. Buat ujian darah.

Dimanakah tempat ini?
26/12/2019

Dimanakah tempat ini?

Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saj...
12/12/2019

Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.

Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli p**a mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.

Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.

Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.

Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.

Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.

Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.

Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau p**ak bahagia.

Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.

Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.

Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!

Kredit: AmirSyahir
Gambar sekadar hiasan.

Bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa peperangan di Syria, kucing juga tidak terlepas. Kucing ini juga terpaksa mener...
10/12/2019

Bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa peperangan di Syria, kucing juga tidak terlepas.

Kucing ini juga terpaksa menerima jahitan di muka selepas cedera akibat terkena serpihan bom.

Kredit: Syria Care Projects

Musuh mampu menghancurkan masjid tapi belum tentu mampu hancurkan iman.
10/12/2019

Musuh mampu menghancurkan masjid tapi belum tentu mampu hancurkan iman.

10/12/2019

PETANDA DIRI NAK JADI MATANG !!
1) Rasa malu minta duit dgn keluarga
2) Terasa susah cari pasangan
3) Kawan tak ramai
4) Selalu s**a bersendirian
5) Malas keluar rumah
6) Rasa perlu ada duit banyak
7) Hujung minggu/cuti dihabiskan dirumah
8) Mula s**a makan ulam-ulaman
9) Semakin jarang beli pakaian
10) Mula tengok Buletin Utama TV3
11) Mula ambil tahu hal Najib, Anwar, Mahadir
12) S**a pakai kain sarung di rumah berbanding seluar pendek
13) Kasut semakin kurang
14) Mula cuba-cuba minum kopi
15) Berani minta mancis dengan bapa saudara
16) Kereta tak s**a dah tukar sport rim
17) Wallpaper telefon asal kilang
18) Selalu ziarah tempat kematian
19) Orang mula jemput datang kenduri tahlil
20) Rasa Ikan kering lebih sedap drpd ayam
21) S**a tengok iklan rumah berbanding kereta
22) S**a berambut pendek
23) Seluar khakis banyak berbanding jeans
24) Mula minat duda atau janda
25) Cuba-cuba try saya.

Address

PT118
Wakaf Baharu
16250

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+60179458739

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasbullah Othman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share