23/08/2026
Kursus berkaitan permohonan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) disediakan melalui latihan online oleh kontraktor berdaftar. Kursus ini melatih cara memulakan permohonan MOHON METER TNB oleh tuan PREMIS itu sendiri.
1. Mendaftar portal myTNB
2. Mencari alamat berpandukan bill yang berdekatan dengan PREMIS untuk mendapat pengesahan oleh pihak TNB
3. Mencari Kontraktor berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia) dalam portal myTNB yang ada berdekatan Dan MEMBUAT pemilihan yang betul
4. MEMBUAT e-KYC (Know Your Customer) untuk memastikan anda yang betul betul memohon bekalan elektrik dan inginkan bekalan elektrik serta akan membayar tenaga elektrik yang anda guna kepada Tenaga Nasional Berhad .
Pemasangan pendawaian akan di buat oleh orang kompeten yang bertauliah PW2 , PW4, yang mendapat latihan kemahiran dari pusat latihan yang diiktiraf.Prosedur pemasangan dan pengujian pendawaian hendaklah di buat mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga Malaysia.Pengiraan dan pengecaman kabel yang di gunakan serta aksesori pendawaian serta pengiraan faktor kepelbagaian (MD) hendaklah mematuhi undang-undang Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan Peraturan Elektrik 1994 , tentang tatacara keselamatan kerja pendawaian. Adakah anda sedang mencari jadual kursus terkini untuk mendaftar, atau mahu bantuan mengenai prosedur permohonan pemasangan meter TNB di premis anda?...hubungi lah Giat Bakti Enterprise yang sedang bergerak ke seluruh Malaysia.Kiosk Giat Bakti ada berdekatan setiap GIATMARA kawasan anda.