08/08/2026
POA vs LPA — Ramai masih keliru. 🤔
Ramai yang ingat Power of Attorney (POA) dan Lasting Power of Attorney (LPA) adalah perkara yang sama.
Sebenarnya, fungsi mereka sangat berbeza.
Secara mudah:
👉 POA — anda masih mempunyai mental capacity, tetapi memberi kuasa kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak anda.
👉 LPA — anda membuat persediaan semasa masih mempunyai mental capacity, supaya seseorang yang anda percayai boleh membuat keputusan bagi pihak anda sekiranya anda kehilangan mental capacity pada masa hadapan.
Dan ini bahagian yang penting:
Kalau anda kehilangan mental capacity tanpa LPA, pasangan atau anak-anak tidak semestinya boleh terus membuat keputusan bagi pihak anda.
Mereka mungkin perlu melalui proses Deputyship di mahkamah terlebih dahulu.
Sebab itu estate planning bukan hanya tentang:
❌ “Apa jadi pada harta saya bila saya meninggal dunia?”
Tetapi juga:
✅ “Siapa yang akan uruskan hal ehwal saya sekiranya saya masih hidup tetapi tidak lagi mampu membuat keputusan sendiri?”
🎥 Tonton video ini untuk fahami perbezaan POA vs LPA.
Kalau ada sebarang pertanyaan tentang Islamic Estate Planning, feel free to get in touch with me. 👍 Saya sedia membantu. 🤝
❤️ If you find this information beneficial, do share it with your loved ones.
🤜🤛 JOIN me in this journey of educating and empowering our community with the knowledge of estate planning. Your support will definitely motivate me to continue this journey.
Naim Omar
Islamic Estate Planner