28/05/2026
Assalaamualaikum wr wb
Alhamdulillah, kami ingin umumkan bahawa kesemua haiwan Qurban anjuran Al-Qiblah International telah dapat disembelih dan disempurnakan di Indonesia dan Cambodia.
Para peserta kini boleh memotong kuku atau rambut.
Kami juga mendermakan 50 naskah Al-Quran yang kami niatkan atas nama kesemua peserta yang mengikuti ibadah Qurban / Aqiqah bersama kami.
Dengan demikian, selain daripada pahala ibadah Qurban, menggembirakan penduduk kampung, para pelajar pesantren dan anak2 yatim.. setiap peserta juga akan menikmati pahala selagi mana Al-Quran2 tersebut dimanafaatkan, insya Allah.
Kami berdoa semoga Allah swt menerima dan memberkahi ibadah Qurban yang dilaksanakan dan diberikan sebaik2 ganjaran.
Baarakallahu fiikum
Wassalam