24/08/2023
所有边加兰区的居民,如果还没有拿市议会的垃圾桶,可以在以下时间去拿
~ 去拿的人復印身份证
~ 门牌税收据
~ 用电话拍旧垃圾桶
*PERINGATAN MESRA*
PEMAKLUMAN PENGAMBILAN TONG SAMPAH MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG
Untuk makluman tuan/puan, Majlis Perbandaran Pengerang akan membuat edaran tong sampah sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 3 & 4 September 2023 (Ahad & Isnin)
Masa : 4.00 petang - 6.00petang
Lokasi : Desaru Utama Community Centre
Jenis tong sampah :
- 120L (Perumahan)dan - - 240L (Pekedaian)
Dipohon kerjasama tuan/puan utk bawa bersama *DOKUMEN LAMPIRAN* _(Sila abaikan sekiranya borang dan dokumen lampiran sudah diserahkan dengan lengkap)_ :
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan cukai harta TERKINI yang telah dijelaskan *(penggal 2/2023)*
- gambar tong sampah yang rosak (gambar dalam telefon sahaja)
- sila bawa borang yang lengkap atau ambil borang yang baharu di kaunter urusetia semasa hari pengagihan tong.
Sekiranya permohonan tidak lengkap permohonan tuan/ puan akan ditolak.
Segala kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.