04/11/2012
Salam,
Setelah 13 tahun menjalankan Qurban di luar negara iaitu di Australia dan Indonesia, saya berpeluang memerhatikan dan berinteraksi dengan pembekal dan penternak kambing dan lembu dan melihat dari dekat cara mereka mengendalikan perniagaan mereka. Ini termasuk bagaimana mereka menjalankan penyembelihan binatang ternakan dan pengelolaan daging-daging ini dengan cara profesional terutama sekali di Australia.
Apabila Australia mengenakan syarat lebih ketat dalam operasi penyembelihan mereka, mereka mahukan sistem penyembelihan di dalam tempat penyembelihan (abbatoir) itu di ikuti. Saya melihat dengan sendiri proses ini beberapa kali dan dapati inilah sistem yang sangat berkesan dan bercita-cita untuk suatu hari membuat sistem ini di negara Singapura atau di Nusantara.
Masa yang diambil untuk menyembelih hingga siap untuk dimasuk kedalam lori berhawa dingin hanya 30 minit sahaja. Tempat sembelihnya juga berhawa dingin. Ladangnya luas terbentang dan kambingnya bebas memakan rumput yang tumbuh melata mengurangkan ongkos pemakanan. Pemakanan tambahan, air yang mencukupi, penjagaan dan pembiakan yang rapi setiap kambing dan lembu benar-benar terkesan kepada saya.
Jika anda ingin merasakannya, pandulah sendiri dari Sydney ke bandar Dubbo melalui pekan Orange, lihatlah sendiri indahnya ladang kambing dan lembu di situ. Baru kita faham kenapa hanya Australia yang memenuhi piawaian penternakan oleh AVA.
Saya harap dapat mengubah ini dengan bekerjasama dengan teman-teman dari Indonesia. Jika anda ingin melabur dalam perniagaan ini, hubungilah saya di telefon 96444253. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita dan memberi kita kejayaan yang dijanjikan dalam Surah Jum'ah(62) ayat 10 mafhumnya: "Apabila kamu telah selesai melaksanakan solat (Jum'at), sila bertebarlah di muka bumi dan carilah dari limpah kurnia Allah lalu (senantiasa) ingat akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu boleh berjaya (di dunia dan di akhirat)." Wallahu a'lam.