Pakej Perkahwinan dan Percutian di Thailand

Pakej Perkahwinan dan Percutian di Thailand Kami menyediakan Pakej Perkahwinan Kami adalah agen nikah di Thailand yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Songkhla.

Pasangan yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu ke tempat perkahwinan, samada Majlis Agama islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla, atau Majlis Agama Phatthalung. Dalam tempoh tak lebih 2 jam selepas perkahwinan, MAIS atau MAIP akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan

nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Berikutan itu, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk menyerahkan surat pengesahan nikah dari MAIS tadi, dan untuk memohon surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia. Selesai urusan di Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan ada pilihan untuk pergi membeli belah di Hat Yai (pusat membeli-belah untuk Wilayah Songkhla ialah di Hat Yai), atau bersiar-siar di sekitar Hat Yai dan Songkhla, atau terus pergi ke hotel. Sekiranya ingin membeli-belah atau bersiar-siar, kami akan bawa dengan kereta yang kami sediakan,

Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan, untuk pergi mengambil surat pengesahan dari Konsulat Malaysia. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia ini adalah penting untuk mendaftar nikah bila balik ke Malaysia nanti. Dari Konsulat, kami akan bawa untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam (atau hotel, bagi mereka yang memilih untuk melanjutkan tempoh berada di Songkhla).

ที่อยู่

Sadao
Hat Yai
125431

เบอร์โทรศัพท์

+66808718248

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Pakej Perkahwinan dan Percutian di Thailandผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Pakej Perkahwinan dan Percutian di Thailand:

แชร์