29/04/2021
36 fakta menarik mengenai alQuran
1. Surah terpanjang dalam al-Quran – Surah al-Baqarah.
2. Surah yang terpendek – Surah al-Kauthar.
3. Minuman terbaik menurut al-Quran – susu.
4. Makanan terbaik menurut al-Quran – madu.
5. Ayat yang paling utama dalam al-Quran – ayat al-Kursi.
6. Ayat terpanjang dalam al Quran – ayat berkaitan hutang 282 Surah al Baqarah.
7. Ayat terpendek… مدهامتان surah al-Rahman ayat 62.
8.Perkara halal yang paling dibenci menurut al-Quran – Perceraian.
9. Angka terbanyak yg dinyatakan oleh al-Quran – 100,000.
10. Perkataan terpanjang dalam al-Quran – فاسقيناكموه Surah al-Hijr ayat 22.
11. Huruf yg paling banyak penggunaannya dalam al-Quran – huruf alif ( ا ).
12. Huruf yang paling kurang penggunaannya – huruf ظ.
13. Malam terbaik menurut al-Quran – Malam ليلة القدر.
14. Bulan terbaik menurut al-Quran – Bulan Ramadhan.
15. Haiwan terbesar menurut al-Quran – ikan.
16. Haiwan terkecil menurut al-Quran – nyamuk.
17. Surah terbaik dalam al-Quran – Surah al-Fatihah.
18. Juzuk yang paling banyak surah dalamnya – juzuk 30.
19.Surah yang paling banyak menyatakan nikmat Ilahi – Surah al-Nahl.
20. Surah paling banyak memuatkan sumpah – Surah al-Shams.
21. Asma’ al-Husna yang paling banyak disebut dalam al-Quran – الله
22. Nama Nabi yg paling banyak disebut dalam al-Quran – Musa
23. Nama Nabi yg paling sedikit disebut dalam al-Quran – Zulkifli, Ilyasa’, Ilyas & Idris.
24.Buahan yang paling banyak disebut dlm al-Quran – Anggur.
25. Makan yang pertama dimakan di syurga – hati ikan.
26. Manusia yang paling celaka dan paling dahsyat disiksa – Qabil pembunuh Habil & penyembelih unta Nabi Salleh AS.
27. Amalan yang paling afdhal disisi Allah – solat.
28. Kaum yang paling degil terhadap Nabi mereka – Yahudi.
29. Syurga yang terbaik dan tertinggi – Syurga ‘Adn yang namanya al-Firdaus.
30. Tahap yakin yang tertinggi – حق اليقين.
31. Tahap derhaka yang paling minima terhadap kedua ibu bapa – berkata “ah!”.
32. Zikir yang terbaik – membaca al-Quran.
33. Orang paling kaya yang disebut namanya oleh al-Quran – Qarun.
34. Golongan paling dahsyat disiksa dan ditempat yang paling bawah neraka – munafiqin.
35. Minuman teristimewa penghuni syurga – Tasnim.
36. Situasi yang paling kritikal di Hari Kiamat – menyeberangi Sirat al-Mustaqim.
Sumber : Facebook Dr Fauzi Deraman, Mantan Profesor Madya dan Pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.