28/11/2024
Iklan jawatan kosong meningkat hampir 160,000
Tawaran kekosongan jawatan diiklankan dalam talian melonjak kepada 159,148 pada suku pertama 2022 berbanding 90,218 pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata pada asas bulanan suku pertama 2022, bilangan jawatan kosong yang diiklankan dalam talian adalah tertinggi pada Februari iaitu sebanyak 67,172 kekosongan.
”Manakala bagi bulan Januari dan Mac, masing-masing berjumlah 48,924 dan 43,052 kekosongan,” katanya dalam kenyataan media Lanskap Penawaran Pekerjaan di Malaysia,