13/07/2026
๐จ SCAMMER ALERT!! ๐จ
Perhatian buat semua yang mengenali QHomes.
Baru-baru ini, page QHomes telah diserang oleh individu yang tidak dikenali yang mendakwa mengenali salah seorang Ejen QHomes. Scammer/Ah Long tersebut turut menyerang akaun Facebook beberapa kenalan dan ejen-ejen QHomes.
Kronologi / Modus Operandi
Salah seorang Ejen QHomes telah terlihat satu iklan pinjaman wang yang menggunakan nama Berjaya Credit di sebuah laman web. Ejen QHomes tersebut telah mengisi maklumat peribadi kerana menyangka laman web itu adalah platform pinjaman yang sah dan berlesen. Namun, sangkaan itu ternyata tidak benar.
Scammer/Ah Long tersebut telah memperoleh maklumat peribadi Ejen QHomes. Setelah menyedari bahawa ia merupakan satu modus operandi sindiket Ah Long, Ejen QHomes mengambil keputusan untuk tidak meneruskan proses pinjaman tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak Ah Long terus mendesak Ejen QHomes supaya membayar caj pembatalan, sedangkan tiada sebarang perjanjian atau persetujuan pinjaman yang dimeterai.
Akibatnya, Ah Long tersebut mula mengganggu dan menyerang page QHomes dengan menggunakan akaun Facebook palsu. Mereka turut memfitnah Ejen QHomes dengan menyebarkan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang scammer dalam bidang hartanah, selain menyebarkan pelbagai berita palsu kepada orang ramai.
Bukan sahaja Ejen QHomes tersebut menjadi sasaran, malah beberapa ejen QHomes yang lain juga telah membuat aduan kerana page Facebook mereka turut diserang oleh Ah Long yang sama.
Ejen QHomes tersebut telah membuat laporan polis serta laporan kepada MCMC berhubung kejadian ini.
Mohon jasa baik semua untuk menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan agar mereka lebih berwaspada dan tidak menjadi mangsa sindiket scammer serta Ah Long.
Bersama-sama kita banteras scammer dan Ah Long yang sentiasa mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Mohon kerjasama semua untuk pakat-pakat SHARE posting ini. Terima kasih.