NADI Kg Sungai Buaya

Directions Contact the business

NADI Kg Sungai Buaya Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI (Sebelumnya dikenali sebagai PEDi) Kg. Sg.

Buaya merupakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan juga tempat untuk Komuniti menambah pengetahuan berkaitan Keusahawan, ICT dan pelbagai lagi. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

30/10/2026
30/10/2026

Pelbagai kemudahan boleh diakses melalui NADI Member App, termasuk mencari lokasi NADI berdekatan, membuat tempahan komputer, mendaftar program dan menyemak rekod saringan kesihatan. 📱📍

Belum menjadi ahli? Muat turun NADI Member App untuk mendaftar, mengumpul mata ganjaran dan menebus hadiah. 🎁✨





30/10/2026

📢 Pelarasan Harga Runcit Petroleum 29 Oktober 2026 - 4 November 2026

Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter manakala harga runcit diesel tanpa subsidi naik sebanyak 20 sen seliter bagi tempoh 29 Oktober hingga 4 November 2026.

Perkembangan konflik di Asia Barat, termasuk ancaman terhadap infrastruktur tenaga dan laluan perkapalan, terus menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran bekalan petroleum. Harga petroleum dunia dijangka kekal tidak menentu dalam jangka sederhana.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 29 Oktober 2026 hingga 4 November 2026 adalah:

⛽ RON97 ⬆️ 10 sen kepada RM4.90 seliter
⛽ RON95 tanpa subsidi ⬆️ 10 sen kepada RM4.42 seliter
⛽ RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
⛽ Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
🚛 Diesel ⬆️ 20 sen kepada RM5.27 seliter
🚛 Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
🚛 Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

28/10/2026

Topi keledar bukan sekadar memenuhi peraturan, malah berfungsi melindungi kepala daripada kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Sayangi anak-anak, lindungi mereka setiap kali menaiki motosikal.







Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

28/10/2026

Anak demam, terus balut selimut tebal-tebal?

Niat kita baik. Nak "keluarkan peluh". Nak demam cepat turun.

Tengah malam, dahi anak panas. Mak ambil selimut paling tebal dalam almari. Pakaikan baju lengan panjang, stokin, siap dengan kain bedung.

"Biar dia berpeluh, nanti kebah."

Pagi esok, anak makin lemah. Badan makin panas.

Rupa-rupanya cara ni boleh buat keadaan lebih teruk.

Panduan untuk ibu bapa dari hospital NHS di UK jelas: jangan balut anak yang demam. Jangan pakaikan terlalu banyak baju atau selimut.

Kenapa?

Bayangkan badan anak macam enjin kereta yang tengah panas. Cara enjin sejuk ialah lepaskan haba keluar. Kalau kita tutup enjin dengan selimut tebal, haba terperangkap di dalam.

Badan anak pun sama. Haba perlu keluar melalui kulit. Selimut tebal halang proses tu.

Tapi jangan p**a terlalu ekstrem ke arah sebaliknya.

Panduan sama juga kata jangan biarkan anak tak berpakaian langsung. Pakaian nipis macam t-shirt dan seluar pendek sudah memadai.

Dan satu lagi tabiat yang ramai buat: lap atau mandikan anak dengan air sejuk.

Panduan NHS tu sebut jangan lap anak dengan air suam-suam kuku atau air sejuk, sebab ia boleh buat anak menggigil. Menggigil ialah cara badan naikkan suhu semula.

Jadi niat nak sejukkan, hasilnya badan lawan balik.

Apa yang patut dibuat?

Pakaikan baju nipis yang selesa. Kalau anak rasa panas, kurangkan lapisan.

Bagi minum banyak. Sikit-sikit tapi kerap. Kalau anak tak nak minum, aiskrim batang atau ais buah boleh membantu.

Paracetamol atau ibuprofen boleh diberi untuk buat anak lebih selesa, ikut dos pada label untuk umur anak. Tapi jangan bagi kedua-duanya pada masa yang sama tepat. Dan jangan sesekali beri aspirin kepada kanak-kanak.

Demam bermaksud suhu badan melebihi 38 darjah Celsius.

Bila perlu terus ke hospital?

Bayi bawah 3 bulan yang demam, mesti dapatkan nasihat doktor. Jangan tunggu.

Untuk semua umur, terus ke unit kecemasan jika anak:

Susah dikejutkan dari tidur
Tak mahu minum langsung atau muntah berulang kali
Bibir kebiruan atau muka sangat pucat
Susah bernafas
Ada ruam yang tak hilang bila ditekan dengan gelas

Kalau demam berlarutan lebih 5 hari, walaupun anak nampak okay, tetap bawa jumpa doktor.

Selimut tebal tak "keluarkan" demam.

Yang anak perlukan malam tu ialah baju nipis, air yang cukup, dan mak ayah yang tahu bila nak bawa ke hospital.

Save post ni untuk malam yang anak tiba-tiba panas.

28/10/2026

Address

1-A Jalan Besar Kg Sungai Buaya
Rawang
48010

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 06:30 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Sungai Buaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Sungai Buaya:

Shortcuts

Share

Nearby businesses