29/10/2026
Planner pun manusia, bang. Bukan mesin update programme. 😂
Pagi client tanya progress.
Tengah hari site bagi actual.
Petang kena revise programme.
Belum habis revise, masuk p**a comment baru.
Lepas tu orang tanya:
“Bang, boleh siap hari ni?”
Boleh jadi boleh. Tapi nak buat kerja yang betul, kita perlukan maklumat yang betul juga.
Planner bukan sekadar buka P6, tarik bar dan tekan schedule. Kita kena faham apa yang berlaku dekat site, apa yang menghalang kerja dan apa kesannya pada aktiviti lain.
Kalau site belum beri actual progress, kita tak boleh main agak-agak.
Kalau ada perubahan sequence, kita kena semak logic.
Kalau tarikh tak boleh dicapai, kita kena explain kenapa dan apa pilihan yang ada.
Tapi satu benda pun penting — sibuk bukan alasan untuk senyap. Kalau belum siap, update. Kalau ada masalah, beritahu awal.
Bagi korang, bila bekerja dengan planner atau freelancer, apa paling penting: hasil kerja, komunikasi, atau dua-dua sekali?