Akademi Sinergi

Akademi Sinergi Menyediakan latihan untuk Membina Legasi Berteraskan Wahyu. SSM No: 715235-X

15/09/2026

Ada satu perkataan yang selalu kita dengar dalam Surah Al-Mulk, ayat 2:

أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

“Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya?”

Menariknya Allah tidak menyebut أكثر عملاً — yang paling banyak amalnya.

Tetapi أحسن عملاً — yang paling baik amalnya.

Perkataan ahsanu membawa makna lebih baik dan juga yang terbaik.

Seolah-olah Allah mengajar kita satu prinsip:

Buat yang terbaik.
Dan sentiasa usaha untuk jadi lebih baik.

Hari ini lebih baik daripada semalam.
Cara kita bekerja lebih baik.
Cara kita beribadah lebih baik.
Cara kita memberi lebih baik.
Cara kita melayan manusia lebih baik.

Sebab itu kita perlu sentiasa muhasabah dan islah melihat apa yang perlu diperbaiki, bukan sekadar berbangga dengan apa yang sudah dilakukan.

Dan jangan terlalu takut untuk memberi.

Kalau kita hanya mengharapkan balasan daripada manusia, kita akan mudah kecewa.

“Aku dah beri banyak, kenapa dia tak balas?”

Tetapi apabila kita meletakkan harapan kepada Allah, kita tahu:

Apa yang kita beri kerana Allah, tidak pernah sia-sia.
Kita mungkin tidak mendapat balasan daripada manusia.
Tetapi kita percaya, Allah punya balasan yang jauh lebih baik.

Jadi jangan hanya tanya,

“Berapa banyak aku sudah buat?”

Tanya juga:

“Adakah amal aku semakin baik?”

Kerana yang Allah cari bukan sekadar banyaknya amal.
Tetapi amal yang terbaik.

15/09/2026

Sekali sekala baca kisah Nabi Yusuf, lihatlah juga sisi refleksi ini, bagaimana kalau dalam sesuatu konflik, kita bukan dizalimi seperti Nabi Yusuf? Sebaliknya, kitalah yang menzalimi. نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ Jangan cepat rasa kitalah “Yusuf” dalam setiap konflik..

🎉 Klinik Bina Modul (KBM) kini kembali lagi!𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜Mempunyai ilmu dan pengal...
14/09/2026

🎉 Klinik Bina Modul (KBM) kini kembali lagi!

𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜

Mempunyai ilmu dan pengalaman, tetapi masih belum tahu bagaimana hendak menyusunnya menjadi sebuah modul yang sistematik?

Klinik Bina Modul bersama Tuan Fazrul Ismail membantu anda memahami asas pembinaan modul, menyusun kepakaran secara berstruktur serta membangunkan modul berasaskan solusi Al-Quran.

📢 Atas permintaan, Penyertaan ONLINE kini dibuka!

📅 16 September 2026
⏰ 11.00 pagi – 5.00 petang
📍 Pejabat IKRAM Shah Alam (Bersemuka) & Secara Online
💰 RM150

Tarikh semakin hampir. Jika ada ilmu yang ingin dikembangkan menjadi modul pembelajaran yang bernilai dan boleh dipasarkan, dan boleh diwariskan untuk dijalankan oleh orang laininilah masanya.

📲 Daftar sekarang:
https://arafeeqlearningresources.bcl.my/form/klinik-bina-modul-tuan-fazrul-ismail/16574

Atau
Hubungi Puan Anisah Khalid
📞 013-621 6522

Klinik Bina Modul 2026
Bukan sekadar bina bahan.
Bina pengalaman pembelajaran. InshaAllah

🎙 LIVE   InshaAllah sepanjang September ( Rabi'ul awal - Rabi'ul Akhir )Awal Surah Al-Baqarah meletakkan teras taqwa buk...
14/09/2026

🎙 LIVE InshaAllah sepanjang September ( Rabi'ul awal - Rabi'ul Akhir )

Awal Surah Al-Baqarah meletakkan teras taqwa bukan sekadar amalan, tapi sistem ekosistem kehidupan yang menyeluruh.

Bila paling kurang, ketiga-tiga elemen ini dijadikan checklist harian, inshaAllah, ia membantu kita meletakkan keutamaan & hak pada tempatnya. 🤲🏻

- Interaksi Quran menjaga hubungan kita dengan petunjuk Allah.
- Tunaikan Solat menjaga hubungan kita dengan Allah.
- Usaha Infaq menjaga hubungan dengan Allah melalui penyampaian manfaat kepada makhluk.

Bantu kenalan dan family members yang lain, ya? Kongsikan info ini pada mereka juga. ☺️

🔗 Akses link zoom , ezy.la/BORAKQSI

14/09/2026

Kita kena belajar membuka ruang, bukan buat orang rasa kecil bila berurusan dengan kita. Kita juga kena belajar mendengar, bertanya & memberi ruang. Terimalah, orang lain mungkin melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza.

14/09/2026

SOLAT BUKAN SEKADAR UNTUK DIKERJAKAN.

Allah berfirman:

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكۡرِيٓ

“Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.”
— Surah Taha, 20:14

Tapi pernah kita fikir…

Kenapa Allah suruh kita solat untuk mengingati-Nya?

Kerana dalam solat, kita bukan sekadar berdiri, rukuk dan sujud.
Kita membaca peringatan daripada Allah.

Sebab itu Al-Quran menjadi sebahagian daripada bacaan dalam solat. Bahkan Al-Fatihah yang kita baca berulang kali setiap hari membawa kita kembali kepada Allah, mengingatkan siapa Tuhan kita, kepada siapa kita meminta pertolongan dan jalan mana yang kita mahu ikuti.

Maka setiap kali kita solat, sebenarnya kita sedang berhenti seketika daripada dunia untuk menyusun semula arah hidup.

Kerja boleh buat kita lupa tujuan.
Kesibukan boleh buat kita hilang arah.
Masalah boleh buat kita rasa semuanya perlu diselesaikan sendiri.

Lalu Allah panggil kita kembali.

“Datanglah. Ingat semula Aku.”

Mungkin sebab itu solat bukan sekadar kewajipan yang perlu diselesaikan.

Solat adalah reset.

Reset hati.
Reset fikiran.
Reset arah.

Dan selepas kita selesai solat, persoalannya bukan lagi,

“Dah solat?”

Tetapi…

“Apa yang Allah sedang ingatkan aku melalui solat tadi?”

Kerana peringatan yang benar-benar kita hayati sepatutnya tidak berhenti di atas sejadah.

Ia sepatutnya ikut kita kembali menjalani kehidupan.

14/09/2026

Hidup ini bukan hanya tentang berapa banyak yang kita boleh kejar & capai. Keseimbangan hidup tak bermaksud semua perkara mesti diberi masa yang sama. Belajarlah tunai hak kepada perkara yang memang menjadi amanah kita.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah… 🤍Mencari Diri Dengan Tadabbur 1.0 telah meninggalkan begitu banyak rasa dan cerita.🌹...
13/09/2026

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah… 🤍

Mencari Diri Dengan Tadabbur 1.0 telah meninggalkan begitu banyak rasa dan cerita.🌹

Ada yang datang dengan hati yang sedang mencari…

Ada yang datang dengan persoalan yang belum terjawab…

Dan ada yang mungkin sudah lama merasa jauh, lalu dengan RahmatNYA Allah temukan mereka kembali dengan Al-Quran. 🤍

Sambutan yang luar biasa daripada 1.0 membuatkan kami semakin yakin…

Ramai sebenarnya sedang mencari.

Bukan mencari dunia, tetapi mencari jalan kepada ketenangan dari kebisingan yang tidak henti-henti….untuk kembali kepada Allah.

Dan dengan Rahmat dan izin-Nya, perjalanan ini akan kita teruskan…

🌙 MENCARI DIRI DENGAN TADABBUR 2.0
📅 28 November 2026
📍 Dewan Tun Dr Ismail, WTCKL

Mungkin kita tidak sedar, tetapi setiap kali ayat Allah menyentuh hati, mungkin sebenarnya Allah sedang memanggil kita untuk kembali mengenali siapa diri kita sebenarnya dan kepada siapa kita akan kembali. 🤍

Kalau hati kita sedang mencari…
Mungkin inilah pertemuan yang Allah aturkan.

✨ Mahu merasai sendiri keajaiban transformasi minda dan rohani bersama komuniti kami?
🔗 Daftar/Sertai kami di sini: https://ezy.la/tadabbur_tour

In Shaa Allah, kita bertemu dalam perjalanan Mencari Diri Dengan Tadabbur 2.0. 🌿🤲🏻


Kita tahu rancangan Tuhan itu yang terbaik.Tapi kenapa kita masih ragu-ragu dengan masa depan?Kita percaya Allah Maha Me...
13/09/2026

Kita tahu rancangan Tuhan itu yang terbaik.

Tapi kenapa kita masih ragu-ragu dengan masa depan?

Kita percaya Allah Maha Mengetahui.
Kita percaya Allah tak pernah tersalah menyusun hidup kita.

Tapi bila jalan di hadapan masih kabur,
kita mula takut.

Takut kalau pilihan kita salah.
Takut kalau impian tak tercapai.
Takut kalau apa yang kita harapkan tak menjadi.

Lalu kita mula tertanya-tanya,

“Allah, betul ke ini jalan yang terbaik untuk aku?”

Mungkin masalahnya bukan kerana kita tak percaya kepada Allah.

Tetapi kerana kita masih mahu tahu apa yang Allah sedang rancangkan.

Kita mahu tahu bila.
Kita mahu tahu bagaimana.
Kita mahu tahu akhirnya akan jadi apa.

Sedangkan Allah tidak pernah meminta kita mengetahui seluruh perjalanan.

Allah hanya mengajar kita untuk percaya kepada-Nya dalam setiap langkah.

Kerana kita melihat apa yang berlaku hari ini,
sedangkan Allah melihat keseluruhan perjalanan.

Apa yang kita anggap sebagai kelewatan, mungkin sedang dipersiapkan.
Apa yang kita anggap sebagai kehilangan, mungkin sedang dilindungi.
Apa yang kita anggap sebagai jalan buntu, mungkin sebenarnya sedang dialihkan ke jalan yang lebih baik.

Jadi, mungkin yang perlu kita ubah bukan rancangan hidup kita.
Tetapi cara kita memandang rancangan Allah.

Kita tidak perlu tahu apa yang menanti di hadapan.
Cukuplah kita tahu siapa yang sedang memimpin perjalanan.

Dan Dia adalah Allah. 🤍

12/09/2026

SELAMA NI KITA FAHAM SOLAT SEBAGAI “CARA KITA MENGINGATI ALLAH”.

Tapi… betul ke itu sahaja maksudnya?

Allah berfirman:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”

Bila kita faham لِذِكْرِي (li-dzikrī) sebagai “untuk mengingati Aku”, kita melihat solat sebagai satu gerakan:

KITA → ALLAH

Kita solat supaya kita ingat Allah.

Tapi perkataan ذِكْر (dzikr) juga membawa makna peringatan.

Maka kita boleh melihatnya dari sudut yang berbeza:
“Dirikanlah solat sebagai peringatan daripada-Ku.”

Sekarang gerakannya berubah:
ALLAH → KITA

Bukan sekadar kita datang kepada Allah untuk mengingati-Nya.

Tetapi Allah menetapkan solat supaya Dia sentiasa mengingatkan kita.

Mengingatkan kita tentang siapa diri kita.
Mengingatkan kita tentang tujuan hidup.
Mengingatkan kita supaya tidak hanyut dengan dunia.

Dan menariknya…

Allah menggunakan perkataan الذِّكْر (Az-Zikr) untuk Al-Quran.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَوَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah Al-Hijr, 15:9)

Az-Zikr = peringatan.

Jadi apa yang berlaku dalam solat?

Kita berdiri menghadap Allah.
Kita membaca Al-Fatihah.
Kita membaca ayat-ayat Al-Quran.
Kita membaca Az-Zikr peringatan daripada Allah.

Sebab itu…

Solat bukan hanya tentang kita mengingati Allah.
Solat juga adalah cara Allah mengingatkan kita.

Mungkin sebab itu selepas kita keluar daripada solat, kita sepatutnya bukan sekadar rasa,

“Aku sudah selesai solat.”

Tetapi…

“Aku baru sahaja menerima peringatan daripada Allah.”

Persoalannya sekarang:

Adakah kita benar-benar mendengar peringatan itu setiap kali kita solat?

» https://program.akademisinergi.com/prospect/form/borakqsi

Address

Jalan Renggam
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00

Telephone

+60125051357

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Sinergi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Sinergi:

Shortcuts

Share