08/10/2026
📢 HEBAHAN PROGRAM 📢
🏗️ Program Sijil Kecekapan Pengurusan 2026 (SKP) BIM Kontraktor di Putrajaya
BIM bukan lagi pilihan. Melalui Pekeliling Perbendaharaan PK 1.15, BIM kini menjadi keperluan bagi pelaksanaan projek awam. Persoalannya, adakah syarikat anda sudah bersedia?
Jangan tunggu sehingga peluang projek datang, tetapi syarikat masih belum mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang diperlukan.
Rebut peluang menyertai Program Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) BIM Kontraktor 2026, Slot Ke7 yang akan diadakan Putrajaya.
Peserta akan mempelajari aspek penting pengurusan BIM merangkumi skop kerja, proses pelaksanaan, kontrak serta keperluan implementasi BIM dalam projek pembinaan.
Selain itu, sesi hands-on turut disediakan kepada kontraktor terpilih bagi memberi pendedahan praktikal tentang cara membaca dan memahami model digital BIM untuk aplikasi di tapak bina.
Program ini PERCUMA dan dibiayai sepenuhnya oleh Construction Industry Development Board Malaysia.
📍 Lokasi:
Satellite myBIM Perbadanan Putrajaya Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya
📅 Tarikh Program:
🔹Sesi 1 (Formal): 19-21 Oktober 2026
🔹 Sesi 2 (Teknikal): 22-23 Oktober 2026
Dianjurkan oleh CIDB Digital Sdn. Bhd. dengan kerjasama BIM Centre UMPSA, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
🎯 PERCUMA UNTUK WARGA KONTRAKTOR
Tempat adalah terhad — daftar segera.
Hubungi / WhatsApp:
019-3029394 (Unit Latihan, myBIM Centre)
017-3250280 (Admin BIM Centre, UMPSA)
Untuk pendaftaran, sila layari:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSex72bMEUs0zdckh4d273RAvxXvXe0pF0rlQg76kXiaM4RsQg/viewform?fbzx=-8772047123761115229