MNorulYakin - Rancang Harta Urus Pusaka

MNorulYakin - Rancang Harta Urus Pusaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MNorulYakin - Rancang Harta Urus Pusaka, Professional Service, Batu Caves.

-Bantuan Pengiraan Faraid - Kenali Waris Anda
-Perancangan Harta - Dokumen Hibah, Wasiat, Amanah dan Harta Sepencarian
-Bantuan Tuntutan Pusaka di Agensi Berkaitan
-Pewarisan Perniagaan (Business Succession)
-Rundingcara & Taklimat PERCUMA via Off@Online Khidmat Urus Pusaka Kecil
Khidmat Urus Pusaka Besar
Pakej Tabaruq Pusaka - Urus Pusaka Percuma
Dokumen Perlantikan Wasi/Pentadbir
Dokumen Wasia

t 1/3
Dokumen Harta Sepencarian
Klausa Pesanan
Klausa Pembahagian Harta
Hibah Hartanah (dalam@tiada Loan)
Hibah Komprehensif Hartanah (dalam@tiada Loan)
Hibah Kenderaan
Hibah Tabung Haji
Hibah Unit Trust
Hibah AHB
Hibah Takaful Amanah
Hibah CDS Akaun
Hibah Private Mandate
Hibah Barang Kemas
Hibah Barang Berharga (Basikal, Beg Tangan dll)
Hibah Akaun Bersama
Hibah Saham Koperasi
Hibah Saham Syarikat (SdnBhd/Bhd/Holding)
Hibah Komprehensif Saham Syarikat
Perjanjian Pemegang Saham Syarikat
Ehsan (Akaun Simpanan/Tetap/Semasa/CDS)
Kasihku (Dana ASB)
Istiman (Takaful Absolute Assignment)
Surat Ikatan Amanah
Amanah Ri'ayah
Amanah Naufal
Amanah Tujjar
Amanah Hartanah
Mutahabbah AnNaim
Mutahabbah AlFirdaus

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1443Hijrah
10/07/2022

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1443Hijrah

Ramai terkeliru bila dioffer Pakej Pengurusan Pusaka tapi mereka bagitau dah ambil Hibah Takaful dan nanti dengan duit m...
19/05/2022

Ramai terkeliru bila dioffer Pakej Pengurusan Pusaka tapi mereka bagitau dah ambil Hibah Takaful dan nanti dengan duit manafaat tu boleh di guna untuk urus Pusaka nanti..

YER KER????

Explaination saya mudah jer....

Terlampau banyak kes.. arwah bukan tak berduit... berkepuk kepuk arwah ada.
Duit kat bank, kat tabung Haji kat rumah, kat bawah bantal, kat bawah tikar getah, duit bagi bini pegang, tumpang akaun anak,duit kat kad ATM dll.

Sepanjang hidup arwah tak pernah pun amik insuran, takaful, Hibah takafullah,Hibah kematianlah Hibah kasihsayang lah dan macam macam lagi nama Pelan Takaful yang diletakkan perkataan Hibah

Tup, tup
Bila mati urusan Pusaka tak selesaipun. Lebih banyak Kes yang tak bermula langsung pun lagi sehingga berpuluh tahun walaupun banyak duit ditinggalkan kepada waris-waris.

Kenapa yea tuan??

Untuk maklumat tuan...
Cash utk waris selepas mati hanyalah salah satu faktor sahaja.. banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada urusan Pusaka yang tertangguh lama, yang tak selesai ataupun takleh diselesaikan walaupun waris ada duit..

Betulkan.. ??

Kena akui....bahawa

Bukan semua waris arwah tau proses tuntutan Pusaka.
Waris isytihar, 'Kita akan buat pembahagian Harta Pusaka,'boleh Ker buat terus cegitu?
Boleh... biasanya untuk duit cash bawah bantal.. tapi harta Yang lain lagu mano?
Agak-agak mereka dapat duit tu.. mereka bersungguh-sungguh untuk selesaikan Harta Pusaka yang lain atau selesaikan komitmen hidup mereka dahulu??

Saya tambah faktor lain
Ramai waris yang tak tahu siapa waris Yang benar benar berhak mengikut Hukum Faraid. Dapat berapa bahagian pun tak tahu.. hanya tahu sebut jer Faraid

Ramai yang takdan masa, hanya mampu menuding jari kepada waris lain suruh buat, cakap pun berkias kias Bab Pusaka takut di cop TAMAK harta arwah. Abg long sanggup gi buat..yang jadinya.. tangguh demi tangguh sampai abang long meninggal. Pusaka ayah kemana.. Pusaka dia p**ak timbul..Haru.. masuk kategori Kematian berlapis p**ak dah..

Bukan setakat ramai Waris tak tahu nak start, nak rujuk dan bertanya kepada siapa pun mereka pening.

Belum lagi masuk suasana Russia-Ukraine.. bila
adik beradik berebut nak tanah yang tu, nak rumah yang ni, Aku dah duduk lama kat rumah Pusaka ni...bla bla bla

Kes isteri berperang ngan mak mentua, Krisis isteri dengan ipar duai pun banyak.. jangan ingat Ipar takde peluang dapat harta husband tau...
Agak agak dapat kerjasama,atau tidak bila siisteri sebut jer nak urus Pusaka??

Sesetengah Tu steri cakap harta arwah suami tak banyak mana pun.. kereta ngan motor jer..rumah atas nama dia.. hutang jer banyak.

Ada juga emak kata tak payah buat lah dulu, Kan 'Aku hidup lagi ni !!, anak2 akur..

Kalau nak list
Ada seribu satu perkara yang mengekang mereka dari membuat proses tuntutan pusaka Dan juga Pembahagian.. Walaupun Ada duit!!

Saya Tanya lagi sekali.... Kalau Tuan Mati dengan faktor diatas, Agak2 urusan pusaka Tuan untuk tanah, rumah, kereta, akaun bank dan lain lain harta atas nama tuan boleh selesaiker?

Percayalah, dah banyak terjadi duit Hibah takaful tu dah habis barula wife terkial2 nak urus Pusaka...
Tu belum lagi kes wife dapat duit Takaful passtu terjumpa p**ak boyfren lama ..meriah kenduri depa no

Kalau tuan mati lah.. kalau tuan tak mati tapi sakit berat..lagumano p**ak...pastinya tuan akan claim Hibah Takaful yang tuan ada tu.. kalau duit claim habis buat berubat tapi tuan mati jugak??
Ada Ker lagi duit Hibah?? Atau Isteri melopong??

Penutupnya

Tuan boleh dengar jer agen Hibah takaful tu cerita atau goreng Tuan sebab nak jual Pelan Takaful dia. Tuan boleh ambil ikut keperluan dan ikut budget tuan, Yang penting biar jelas matlamat ambil Takaful untuk APA.

Dan sekiranya tuan meninggal Insyaallah urusan pengeluaran duit Takaful sebagai salah satu harta..yea boleh selesai Dan dimiliki oleh wife kerana dihibahkan.
tetapi urusan Pusaka terhadap harta2 lain yang tuan tinggalkan TIADA jaminan selesai.
Harta lain kalau wife tuan jumpa syarikat Takaful tadi mereka takkan urus pun...kekadang advise pun tidak.
Sebab apa tuan..

Sebabnya Bidang Pewarisan bukan bidang mereka.

Wallahualam...

APA kata Anda? APA Komen Anda..

Nak tau lebih lanjut bab Pewarisan ni jangan malu jangan segan.

Linktr.ee/MNorulYakin

Tanggungjawab anak-anakKekadang ayah ibu kita terlepas pandang atau tidak tahu kaedah Perancangan Pembahagian Harta sema...
16/05/2022

Tanggungjawab anak-anak

Kekadang ayah ibu kita terlepas pandang atau tidak tahu kaedah Perancangan Pembahagian Harta semasa hidup kepada anak-anak.
Jadi anak-anaklah yang perlu memainkan peranan untuk 'menasihati'' mereka atau membawa mereka berjumpa pakar dalam bidang ini.
Insyaallah dengan usaha yang sedikit ini mampu mengelakkan waris menganiaya waris yang lain dikemudian Hari kelak..

Wallahualam

Tanah bernilai RM2.75 juta dijual dalam senyap! Ini yang terjadi kepada harta peninggalan Tan Sri Jins Samsudin..

*KESAN LEWAT URUS PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA*Sebenarnya, banyak harta pusaka yang belum diagihkan sungguhpun pemilik harta...
13/05/2022

*KESAN LEWAT URUS PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA*

Sebenarnya, banyak harta pusaka yang belum diagihkan sungguhpun pemilik harta telah meninggal dunia bertahun-tahun lamanya.

Sebagai contoh, dalam situasi berikut: “Saya merupakan salah seorang anak perempuan dan anak yang bongsu dari 5 orang adik beradik. Ibu dan bapa saya telah meninggal dunia lebih 10 tahun yang lalu di mana bapa saya terlebih dahulu dijemput Ilahi dan selang setahun kemudian ibu p**a. Abang sulong saya tinggal di atas rumah pusaka peninggalan arwah ibu yang mana dalam pengetahuan saya rumah tersebut adalah dimiliki oleh arwah ibu.

Walau bagaimanapun, saya tidak pernah diberitahu berkenaan kedudukan semua harta arwah ibu termasuklah harta arwah bapa. Semua maklumat dan dokumen dipegang oleh abang sulong saya. Masalah saya dan adik-beradik lain kini ialah sehingga 10 tahun kedua-dua ibu bapa kami meninggal dunia, kami masih tidak mengetahui kedudukan harta pusaka arwah ibu bapa kami. Apabila diajukan soalan kepada abang sulong, beliau hanya menjawab “nanti aku uruskan, kamu jangan bising”.

Soalan saya, apakah kesannya sekiranya harta pusaka arwah ibu dan bapa saya tidak diuruskan sehingga sekarang?”

Kelewatan mengurus pembahagian harta pusaka akan memberikan pelbagai implikasi negatif seperti berikut:

*1️⃣ Pemilikan Tanpa Hak*

Kebanyakan waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu faraid. Ada yang sepakat melantik abang sulong sebagai pentadbir. Tetapi ada juga abang sulong yang menggunakan kuasa ‘veto’ melantik dirinya sebagai pentadbir atau kepala kuasa.

Tanpa ilmu yang mencukupi, pentadbir membahagikan secara sesuka hati. Lebih memburukkan keadaan, pentadbir p**a mengisytiharkan dirinya berhak ke atas semua harta pusaka si mati selagi belum dibuat pembahagian.

Pemilikan atau pembahagian harta sebegini boleh menyebabkan seseorang memakan harta secara salah. Ini kerana selagi tanah itu belum dibuat pembahagian mengikut undang-undang, kebanyakan waris tidak mengetahui siapa antara mereka yang berhak mewarisi dan berapa bahagian yang mereka warisi.

*2️⃣ Tanah Terbiar atau Harta Tidak Terurus*

Sekiranya ibu bapa ada meninggalkan tanah tapak rumah atau harta tak alih yang lain dan tidak diusahakan akan memungkinkan tanah tersebut menjadi terbiar.

Lebih-lebih lagi, waris-waris p**a tidak maklum berkenaan harta pusaka si mati. Disebabkan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab, cukai tanah tidak berbayar, kawasan tanah menjadi semak samun dan lain-lain lagi. Ini tentunya merugikan waris-waris kerana tidak dapat memanfaatkan harta peninggalan orang tua mereka.

*3️⃣ Status Pemilikan Tidak Jelas*

Dari segi undang-undang, selagi harta pusaka terutamanya tanah itu belum dibuat pembahagian, maka status pemilikan oleh waris-waris masih tidak rasmi dan tanah masih terdaftar atas nama si mati.

Ini akan mendorong kepada pemilikan sesuatu harta pusaka tanpa hak jika diduduki oleh mana-mana waris dan kemungkinan boleh dipertikaikan pada bila-bila masa.

Lebih malang lagi, terdapat juga orang yang bukan waris menduduki harta pusaka si mati secara ‘perjanjian’ antara si mati dengan arwah bapa mereka sejak lebih 30 tahun lamanya.

*4️⃣ Hilang Dokumen Penting atau Lupa Fakta Sebenar*

Kelewatan menyelesaikan pembahagian harta pusaka boleh menyebabkan kehilangan dokumen penting bagi menguruskan pembahagian harta pusaka itu.

Contohnya, hilang sijil kematian, dokumen perjanjian jual beli, geran tanah, dokumen wasiat, sijil nikah dan sebagainya.

Kehilangan dokumen penting akan menyebabkan kesukaran kepada waris-waris bagi membuktikan sebarang tuntutan. Lebih buruk lagi, ia boleh mengakibatkan seseorang itu akan kehilangan hak kerana tuntutan itu tidak memihak kepadanya.

Lebih mendukacitakan lagi, sekiranya waris gagal mengingati fakta salasilah keluarga, waris atau turutan tarikh kematian waris-waris mereka yang meninggal dunia. Semua fakta akan memberikan kesan langsung kepada pembahagian harta pusaka dalam menentukan siapa waris yang berhak dan kadar bahagian masing-masing.

*5️⃣ Mendorong kepada Keterangan Palsu*

Bagi mencari jalan singkat, terdapat waris yang akan memberikan pengakuan palsu apabila membuat permohonan pembahagian dan perbicaraan harta pusaka sama ada di hadapan Hakim Mahkamah Syariah atau Pegawai Pembahagian Pusaka.

Jumlah waris yang sepatutnya 5 orang kemudian hanya diakui 4 orang sahaja dengan meninggalkan seorang waris. Ini dikenali sebagai kes tinggal waris atau sembunyi waris.

Dosanya cukup besar di sisi hukum syarak iaitu memakan harta secara batil sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu dan seumpamanya).” (Surah Al-Nisa’: 29)

*6️⃣ Putus Hubungan Persaudaraan atau Kekeluargaan*

Oleh kerana lewatnya sesuatu pusaka itu diuruskan, akan menimbulkan perbalahan di kalangan keluarga atau ahli waris. Lebih buruk lagi, ia menyemai sikap permusuhan yang asalnya masing-masing ada pertalian darah rosak sekelip mata disebabkan oleh sikap tamak sesetengah ahli waris.

Tiada aktiviti ziarah-menziarahi, apatah lagi menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya. Akibatnya, rosak struktur keturunan si mati yang telah lama terbina.

Wallahu a’lam.

Kredit kepada Sahabat Daei Pewarisan

*KLIK BUTTON UNTUK RUNDINGCARA PERCUMA:*
Linktr.ee/MNorulYakin

Business Account

4 SEBAB UTAMA KENAPA KES PUSAKA BERMASALAH DIMALAYSIA
15/04/2022

4 SEBAB UTAMA KENAPA KES PUSAKA BERMASALAH DIMALAYSIA

Masjid antara tempat yang strategik....Alhamdulillah,.  Sampai jua ke Masjid ni... Lama sungguh tak singgah masjid ni..Y...
24/02/2022

Masjid antara tempat yang strategik....

Alhamdulillah,. Sampai jua ke Masjid ni... Lama sungguh tak singgah masjid ni..

Ya .. masajid lah salah satu tempat yang agak strategik untuk berbincang bab Pewarisan Harta..
Tempat pun selesa

Sebelum solat zohor sampai.. jumpa sekejap..passtu solat .. kemusian berkongsi Ilmu kepada pasangan suami isteri yang berhajat untuk membuat Hibah...

Jelas Dan terang dijawab bila sebarang kemuskilan yang dikemukakan pasangan ini..
Sambil lukis lukis

Hasil perbincangan..
Continue Tabaruq Pusaka, Hibah hartanah, Hibah Tabung Haji Dan Wasiat KWSP untuk tujuan infaq..

Allahurabbi...antara Pesanan yang menarik Dari sang suami kepada isteri tadi...
'rumah ada Dua.aku Hibah kat engko.. Kalau duduk kat salah satu rumah tu . Lagi satu rumah infaq ke mana mana..untuk pahala aku nanti...

Secara jujur.. payah nak jumpa pelanggan yang sibuk merancang untuk infaq disamping Perancangan untuk keluarga...

Moga Allah berii kemudahan kepada keluarga ini..Dunia Akhirat

*Ramai Yang Masih keliru perbezaan antara Hibah mutlak Dan Hibah bersyarat..*Secara ringkasnya.Hibah mutlak dah Hibah be...
23/02/2022

*Ramai Yang Masih keliru perbezaan antara Hibah mutlak Dan Hibah bersyarat..*

Secara ringkasnya.
Hibah mutlak dah Hibah bersyarat - kedua kaedah Hibah ini adalah pemberian semasa hidup oleh pemunya harta kepada sesiapa sahaja yang diingini.
Kedua dua kaedah Hibah ini ada kelebihan memasing ikut keperluan dan hajat pemunya harta.

Hibah mutlak - maksudnya pemberian harta secara total termasuk manafaat Dari harta tersebut. Secara mudah fahamnya ayah menghibahkan tanah kepada anak dengan terus membuat proses pindahmilik dipejabat tanah.
Jadi anak sebagai penerima Hibah boleh buat apa sahaja kepada tanah Dan manafaat tersebut termasuk memajak atau menjual dsbgnya. Dan sekiranya kematian berlaku maka tanah tersebut menjadi pusaka penerima Dan wajib dibahagikan kepada waris Faraid penerima.

Manakala Hibah bersyarat adalah pemberian sesuatu harta dengan syarat2 tertentu Yang dibolehkan syarak.
Sebagai contohnya ayah hibahkan tanah kepada anak Dan syaratnya manafaat Masih lagi dinikmati oleh ayah.
Dan antara syarat lain adalah syarat Ruqba yang mana bila berlaku kematian kepada penerima Hibah maka tanah tersebut Akan berpatah balik kepada pemberi hibah (bukan jadi harta pusaka penerima Hibah)

Yang sedikit keliru mungkin adalah geran..
Hibah adalah sah Dan terpakai bila sempurna rukun Dan syarat sah Hibah iaitu pemberi, penerima, harta, ijab qabul Dan qabd. Proses tersebut termeterai melalui Dokumentasi, tandatangan, video dll. Maka Hibah Dari pandangan syarak telah berlaku Dan geran hanyalah pengesahan pemilikan secara sivil.
Ayah tadi boleh untuk tukar nama geran kepada anak semasa hidup atau sekiranya kematian, maka proses pusaka dilakukan untuk tukar nama Geran kepada anak tadi(yakni hak penerima Hibah)

Jadi tanah terkeluar dari Harta pusaka arwah ayah kerana telah dihibahkan.

Harta Yang selalu jadi pertikaian selepas kematian adalah hartanah. Jadi rancanglah dengan bijak kaedah pembahagian menggunakan instrument Hibah ini bagi menjamin waris Yang disayangi tidak terinaya kelak.

A. Rumah atau tanah yang dah Ada hakmilik atau geran - kedua dua Hibah mutlak dan Hibah bersyarat boleh digunapakai

B. Rumah atau tanah Yang Masih Dalam pinjaman. Hanya Hibah bersyarat Yang boleh digunapakai.

Kalau dilihat kaedah pemilikan harta hari ini Yang bersangkutan dengan hutang maka Hibah Bersyarat adalah lebih memberi kredit bila digunapakai Dalam menjaga kepentingan pemberi Hibah.

Moga bermanafaat...

Wallahualam.

Maklumat lanjut boleh hubungi
Daei Pewarisan Anda
linktr.ee/MNorulYakin

Penambahbaikan Dalam menyelesaikan permasalahan tunggakan kes Proses Tuntutan Pusaka Di Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah D...
14/02/2022

Penambahbaikan Dalam menyelesaikan permasalahan tunggakan kes Proses Tuntutan Pusaka Di Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Dan Amanah Raya Berhad.

Kami sebagai daei pewarisan menyambut baik usaha kerajaan ini. tahniah

Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka

Terdapat kira-kira 60,000 permohonan baharu berkaitan pembahagian pusaka diterima Bahagian Pembahagian Harta Pusaka setiap tahun.

PELUANG PASANGAN MUDA MENGHIBAHKAN RUMAH YANG DIBELI UNTUK ELAK CETUS MASALAHBanyak kisah benar yang telah terjadi apabi...
11/02/2022

PELUANG PASANGAN MUDA MENGHIBAHKAN RUMAH YANG DIBELI UNTUK ELAK CETUS MASALAH

Banyak kisah benar yang telah terjadi apabila salah seorang pasangan suami isteri meninggal dunia di usia muda menyebabkan pasangan yang ditinggalkan terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah waris dalam tuntutan pusaka rumah yang ditinggalkan. Situasi ini berlaku apabila adanya 'tukang penasihat' kepada waris-waris yang cuba untuk mempengaruhi permufakatan waris. Siapakah waris simati & berapa bahagian yang mereka dapat ?

1) Ibu simati - 1/6
2) Bapa simati - 1/6
3) Suami simati - 1/4 @ Isteri simati - 1/8
4) Anak2 simati - Habiskan Baki
5) Ada juga situasi Adik Beradik Simati akan dapat bahagian Baki jika simati tiada anak @ ada anak perempuan sahaja & bapa telah meninggal dulu.

Cuba bayangkan rumah yang dibeli secara pinjaman bulanan akan menjadi bahagian semua waris yang terlibat 😱😰

ISUNYA SEKARANG...

1) Simati beli rumah untuk siapa ?

2) Jika pinjaman rumah tiada@partial cover insuran MRTA/MRTT, maka siapakah yang harus sambung bayar ? Semua waris ka ?

3) Mampukah waris yang terima bahagian Faraid menjaga kebajikan pasangan yang ditinggalkan ?

4) Adakah semua waris sanggup menanggung segala kos pengurusan harta pusaka sebelum harta diagihkan ?

5) Jika urusan pusaka tidak dibuat dengan segera & kemudian Ibu/Bapa simati p**a yang meninggal dunia, maka bahagian Ibu (1/6) & Bapa (1/6) akan jatuh kepada Adik Beradik Simati. Pastu Adik Beradik p**a meninggal dunia jatuh kepada Anak Saudara. Makin lama makin ramai waris yang berhak ke atas rumah tersebut.

Dah banyak kes yang berlaku macam ni. Kita yang masih hidup ni jadikanlah sebagai iktibar. Apa yang perlu dibuat ?

Hibahkan rumah yang telah dibeli tu kepada pasangan ataupun kepada anak-anak 👩‍❤️‍👨👪

Nak buat hibah rumah dalam pinjaman ni kat mana ?

Boleh buat dengan Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan Syarikat Amanah patuh syariah terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih RM30Billion aset Umat Islam & yang mula-mula sekali memperkenalkan Dokumen Hibah Hartanah di Malaysia sejak Tahun 2004 & telah mendapat lebih 300 Perintah Hibah dari Mahkamah Syariah termasuk rumah yang masih dalam pinjaman. Maknanya dokumen Hibah Hartanah syarikat ni memang power & telah terbukti berkesan 👍👍👍

Berita Baik !!!
Harga Dokumen Hibah Rumah Dalam Pinjaman ni tengah diskaun kaw kaw punya dari RM2,100 kini hanya RM1,200 saja. Harga paling murah syarikat tawarkan setakat ini :
✅ RM1,200 untuk 1-3 rumah
✅ RM1,200 untuk 1-3 rumah
✅ RM1,200 untuk 1-3 rumah

JIMAT RM900 💰 fikiran pasangan & anak-anak tak serabut nak hadap masalah tuntutan pusaka rumah di kemudian hari kerana adanya dokumen hibah yang boleh meletakkan hak rumah tersebut kepada insan tersayang🫂❤️

Peluang harga murah ini hanya diberikan sehingga 31 Mac 2022.

HIBAHKAN RUMAH SEBELUM MEREKA JADI HIBA

Info lanjut tentang Hibah Rumah Dalam Pinjaman boleh hubungi Daie Pewarisan Anda :

Mohd Norul Yakin
📞0192706224📞
Linktr.ee/MNorulYakin
https://t.me/QnA_Harta_Dan_Pusaka

Alhamdulillah..Selesai sessi soal jawab berkaitan Pusaka, Hibah Dan Wasiat..Sebarang persoalan yang tak terjawab ,. Moho...
17/12/2021

Alhamdulillah..

Selesai sessi soal jawab berkaitan Pusaka, Hibah Dan Wasiat..

Sebarang persoalan yang tak terjawab ,. Mohon rujuk balik kepada pengenal masing masing..

Moga sessi Perkongsian Ilmu Pewarisan kali in bermanafaat buat semua..

Address

Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MNorulYakin - Rancang Harta Urus Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MNorulYakin - Rancang Harta Urus Pusaka:

Share